Seminggu Selepas Pemergian Anak Tokoh al-Quran Dijemput Ilahi 

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Seminggu Selepas Pemergian Anak Tokoh al-Quran Dijemput Ilahi

Tokoh Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018, Datuk Nik Jaafar Nik Ismail menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun hari ini.

Pemergiannya Allahyarham menyusuli anakandanya, Allahyarham Nik Azizan Nik Jaafar yang kembali ke rahmatullah pada 16 Mac lalu.

Dalam satu hantaran dalam laman Fbk, bekas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, sumbangan Allahyarham terhadap agama sangat besar sehingga menerima penghargaan daripada kerajaan.

“Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang tokoh al-Quran dan guru tarannum yang disegani bukan sahaja di peringkat kebangsaan, bahkan juga antarabangsa.

“Atas sumbangannya yang besar dalam bidang al-Qur’an, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2018

“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan anakandanya serta ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman,” tulisnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*