Kebaikan Makan Kurma Di Bulan Ramadan Dan Boleh Jadikan Amalan Pada Bulan Lain

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Kebaikan Makan Kurma Di Bulan Ramadan Dan Boleh Jadikan Amalan Pada Bulan Lain

Kurma merupakan antara makanan wajib pada bulan Ramadan iaitu ketika umat Islam berpuasa. Setiap rumah pasti ada menyimpan kurma paling kurang sekotak mesti ada.

Ada yang makan kurma semasa sahur, ada juga yang amalkan makanan ini sebaik waktu berbuka ketika azan Maghrib berkumandang.

Tahukah anda kurma merupakan buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan membawa banyak manfaat kepada tubuh badan?

1. Membekalkan sumber tenaga

Pada bulan puasa, kebiasaannya tubuh badan kita akan menyerap kurang nutrisi di dalam badan disebabkan kita hanya makan ketika sahur dan berbuka puasa.

Untuk mengekalkan sumber tenaga berterusan bagi melakukan rutin harian, kita perlu makan buah kurma ketika sahur dan berbuka puasa. Ini kerana kurma mengandungi kandungan glukosa yang memberikan kalori yang mencukupi sebagai sumber tenaga buat tubuh badan.

2. Melancarkan sistem pencernaan

Disebabkan kurma mengandungi serat yang tinggi, ia akan melancarkan sistem pencernaan tubuh badan seseorang. Terutamanya ketika bulan puasa, kita akan berbuka dengan jumlah hidangan yang banyak kerana telah menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa.

Dengan memakan kurma, ia akan dapat membantu anda melancarkan pergerakan usus besar dan mengelakkan sembelit.

3. Mengurangkan rasa lapar dan dahaga

Kandungan mineral dalam kurma yang cukup tinggi dapat membantu anda agar tidak cepat dahaga ketika seharian berpuasa. Begitu juga dengan kandungan glukosa dalam kurma akan membantu anda untuk tidak berasa lapar.

Kebiasaannya, anda disarankan untuk makan 3 biji buah kurma seperti yang diamalkan oleh Rasulullah (SAW).

4. Mengandungi antioksidan yang tinggi

Antioksidan seperti vitamin E, asid fenolik dan juga vitamin A yang terdapat dalam buah kurma mampu untuk menyahaktif radikal bebas dengan memberikan elektron bebas untuk menstabilkannya. Oleh itu, dengan memakan kurma, ia boleh mengurangkan risi ko terkena sebarang penya kit.

5. Pemanis semula jadi

Disebabkan kurma tidak mempunyai sebarang gula tambahan, ia memang selamat dimakan. Kurma mengandungi fruktosa yang memberi kemanisan di setiap gigitan. Kurma juga boleh menjadi alternatif kepada gula putih.

Jika sentiasa amalkan memakan kurma, anda akan mempunyai tenaga dan tidak mudah mengantuk baik ketika bersahur, berpuasa dan berbuka puasa.

6. Meningkatkan kesihatan otak

Makan kurma juga dapat membantu untuk meningkatkan fungsi otak. Satu kajian mendapati makanan yang dicampur dengan kurma meningkatkan memori, tumpuan dan kemampuan belajar yang jauh lebih baik.

Selain itu, kurma dapat membantu menurunkan kesan jangkitan dan mencegah pembentukan plak otak yang penting untuk mence gah penyakit Alzheimer.

Jadi amalkan makan kurma selalu dan Selamat Berpuasa!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*