Suami Buat Loan 15k Untuk Tujuan Buat Rumah, Namun Pergi Pada Kereta Pula. Tak Sampai Setengah Bulan Habis Tak Tinggal Sesen
Saya sudah hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga dan bererti 3 tahun juga tersik sa. Saya berkerja dan gaji saya lebih besar dari suami. Dan kerana ini suami melepaskan tanggungjawab suami ke atas bahu saya.
Sewa rumah saya yang bayar, makan, pakai saya juga saya yang bayar. Saya yang bayar semuanya tetapi kereta saya terpaksa sewa lot parking yang lain sebab apartment kami hanya menyediakan satu lot sahaja.
Saya sering tertanya-tanya kenapa dia tak ada belas ihsan tehadap saya sedangkan saya juga punyai pelbagai komitmen lain.
Minta dibayar bil, ditangguh sehingga bekalan air dipotong. Barang dapur saya juga yang harus sediakan. Gaji dia bukan tak besar, lebih 4k tapi saya tak tahu kemana semua duit pergi.
Bila nasihat jangan selalu makan luar, mewah, pakai branded2, beli kereta mahal semua tak diendahkan. Salah ke saya sakit hati? Bila balik kampung saya dah tentu semua duit saya, dulu b0 dohnya saya, sampai sanggup bagi duit saya supaya dia bagi dekat mak ayah saya.
B0doh kan? Konon nak tunjuk dapat laki tanggungjawab, padahal.. hmmm. Bila balik kampung dia yang jauh nun juga duit saya. Tu belum ipar duai sibuk tanya gaji saya berapa, minta tolong belikan itu ini, kias2 tengok harga barang-barang saya umpama saya dok perabis duit abang dorang.
Takkan kita balik setahun sekali, sarapan, lauk pauk tak nak hulur kan? Dah tau tak mampu, nasihat bagi duit raya ikut kemampuan sudah la, ni tak, nak tunjuk kena bagi anak buah banyak-banyak. Padahal baju raya pun bini beli. Nak bagi bini duit raya? lagi lah harapan.
Kami sudah beli rumah dan dijangka siap tahun depan. Saya dah nasihat banyak kali, nak dapat rumah kena kumpul duit masing-masing sebab saya tak nak semua keperluan nanti, renovate saya kena keluar sorang.
Setelah ga duh punya ga duh, saya suggest buat loan and masuk dalam ASB. Dia buat dan dah dapat 15k. Tapi nak tahu mana 15k tu pergi? Modified kereta weyh.
Tukar rim, tukar itu tukar ini. Siapa tak sakit hati? Dah berapa bulan, tak sampai tengah bulan dah tak ada sesen. Saya harus redha ke tanggung semuanya? Bila terfikir nak makan kfc ke makan sedap ke, kena fikir kena support untuk 2 mulut.
Nak beli makan kena support 2 mulut jadi dari tak ikhlas baik tak payah makan. Saya cari rezeki penat2 tapi saya yang kena ikat perut. Sekarang bila berga duh dia cakap saya yang riak. Saya sangat tertekan sebab saya tak ada tempat mengadu. Nak mengadu kat mak ayah saya tak nak mereka risau.
Tapi hati saya tak ada siapa tahu. Saya pun teringin nak ada orang yang tanggung saya, pergi bercuti tanpa saya yang semua keluar duit, nak juga merasa dapat hadiah dari suami.
Tapi bila ajak cuti, alasan mana ada duit. Beli barang saya mahal, dia beli kemeja RM600 tak mahal.
Saya takut saya sentiasa jadi isteri derha ka sebab saya tak redha, dan saya takut saya buat sesuatu berba haya dekat diri saya satu hari nanti or akhiranya saya tempatkan diri saya dekat hospital sakit ji wa.
Jangan cakap salah saya, konon saya tak tegas, kalau dulu tegas agaknya merempat bawah jambatan atau kebulur nak tunggu dia keluar duit. Nasihat? Bincang? Berga duh? Dah b0san semua tapi langsung tak ada perubahan.
Saja je saya ajak makan kedai tapi dia tak ada duit nak makan and saya makan sorang tanpa pelawa. Saya dah b0san saya je kena beralah.
Jangan sebab ingat gaji saya besar siikit dari dia saya kena tanggung macam saya tak ada komitmen lain.
Sekarang saya cuma fikir nak selamatkan diri saya dari hidup yang penuh t0k sik. Saya cuma fikirkan pisah jalan terbaik. Tetapi saya takut nak makalaumkan keputusan saya dekat family.
Dia selalu kata saya tak reti bersyukur jadi derhaka sebab ada suami yang tak pkul tak main perempuan tapi nak banyak ragam.
Lelaki luar sana, jangan kau ingat kau tak pu kul isteri kau, kau rasa baik, dera men tal isteri pun t0ksik dalam rumahtangga.
Apa yang perlu saya buat?
Reaksi warganet
Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.
Nur Laila Fatin –Ada ustazah kaunseling bagi ceramah, dia sayang laki dia tapi semua dia buat. Ustazah bagi cadangan, lepaskan semua.
Bil api kena potong, bil air kena potong baru laki dia pi bayar. Kalau dah semua bil kena potong tapi suami puan masih taknak bertanggungjawab. Itu bukan suami, itu biawak hidup. Mana boleh kahwin dengan biawak.
Khadijah Aiman –Sila cerrai sis. You are more capable to have your on life. And less d0sa since sekarang pun dah banyak d0sa sebab asyik rasa nak mengungkit rasa tak redha.
Lebih baik single, paling kurang semua rasa tak ikhlas berkira tu hilang, dan boleh fokus lebih kepada ibu bapa.
Gaji sis banyak sebab boleh cover semua EXpenses. So sila jalan, tengok juga lepas tu laki tak guna tu mampu hidup ke tak
Dak Angah Lailatul –Diam2 cari rumah lain. Lepastu ko jangan bayar sewa, jangan bayar bil smpai kne halau kene potong, pastu ko pindah rumah baru jangan bgtau die.
Ko kalau pergi p.agama boleh je kot tuntut nafkah. Anak takde lagi ke? Kalau aku angkat kaki. Watpe pikir ape fmly kte. Ko yang tanggung semua.
Don Lutfy –Aku yang laki ni pun menyampah tengok bebudak main kereta. Duit banyak banyak habis duit kat kereta yang takde manfaat langsung. ‘Kematangan’ lelaki yang susah nak buang.
Ammar Affendi –Puan, saya jarang nk komen bab macam ni. Tapi pada saya lah puan, puan ada kerjaya, ada gaji yang besar. Dari tanggung biawak hidup serupa ini baik cerrai sajalah.
Slowly terangkan dengan family, in Sha Allah mereka akan mengerti. Cari bahagia lain, bahagia sendiri. Biar dia nk kata apa tapi Allah lebih tau. Move on, puan layak bahagia.
Adam Mukhriz –Aku pernah jumpa lelaki macam ni. Dan aku kenal perempuan tu. Dia tanya pendapat aku. Kahwin dah hampir 10 tahun, anak dah 2 orang.
Masalahnya laki dia tak kerje. Yang sediakan semua ialah isteri. Aku nasihatkan pmpuan tu, tuntut fasakh sebab suami dia gagal tunaikan tanggungjawab nafkah zahir.
Walaupun suami bukan kaki pkul. Kalau setakat pandai nafkah batin, kucing aruwah abah aku dulu tu pun terrer.
Hasilnya , bila berpisah, bekas suami kena keluar rumah sehelai sepinggang, sebab semua harta si isteri. Bekas suami marah kat aku, kata aku punca dia berpisah.
Aku tepekkan balik, hang ingat aku lapaq kat bini hang ka? Hang tu, pi la cari kerja, ni kerja takmo, dok mengangkang ja kat umah, baik hang bersara dari jadi lelaki.
Nasib baik EX wife hang tuntut fasakh, sebab tak larat dia dok tanggung hang biawak hidup dekat 10 tahun. Kalau aku jadi bini hang pun aku mintak cerrai.
Isteri Tersek sa (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Kredit: seleksimedia
Bukanlah kami hendak menggalakkan pencerraian. Tapi jika itulah yang terbaik, kenapa tidak. Buatlah keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Apa pula kata anda.
Leave a Reply