Tak Busuk Dan Boleh Tahan Lama Simpan Limau Kasturi Guna Cara Mudah Ini

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Tak Busuk Dan Boleh Tahan Lama Simpan Limau Kasturi Guna Cara Mudah Ini

Limau kasturi merupakan salah satu buah yang mempunyai seribu satu kegunaan. Buah citrus dengan kombinasi rasa masam dan manis ini seringkali digunakan dalam masakan atau dibuat minuman.

Kebiasaannya, limau kasturi ni selalunya dibeli secara banyak kerana dijual secara timbang atau paket. Namun begitu, buah ini tidak dapat disimpan lama kerana cepat rosak. Rasa macam rugi pulak kan, sedangkan nak guna sebijik dua je dalam satu-satu masa.

Oleh itu, seorang pengguna Fbk, Siti Fatimah Abas ini melalui berkongsi tips untuk menyimpan limau kasturi supaya tahan lama. Sangat praktikal dan mudah untuk dibuat.

“Tahan lama, mudah diguna bila-bila masa”

Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus di kedai. Nak gunanya cuma sebiji dua, baki tu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk.

Supaya ia tahan lama dan mudah diguna bila-bila masa untuk masak atau buat air, anda boleh simpannya seperti cara ni. Moga bermanfaat!

1. Potong dua semuanya bagi mudah nak perah nanti

2. Guna penapis kopi pun boleh

3. Nah dapat secawan!

4. Sudukan ke dalam bekas kiub ais

5. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman supaya betul-betul beku

6. Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas atau Tupperware. Bila nak guna dah senang, tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.

Senang je rupanya nak bagi limau kasturi ni tahan lama. Selamat mencuba!

Sumber:  Siti Fatimah Abas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*