Ris1k0 Telur Terc3mar Kalau Ada Tanda-tanda Ni, Jaga-jaga Kalau Kuningnya Dah Pecah

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Ris1k0 Telur Terc3mar Kalau Ada Tanda-tanda Ni, Jaga-jaga Kalau Kuningnya Dah Pecah

Telur ayam merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Telur ayam dilihat menjadi salah satu sumber protein yang selalu digunakan oleh masyarakat Malaysia dalam menyediakan makanan sehari-hari.

Bentuk telur ayam selalunya berbentuk bulat, bujur atau lonjong. Biasanya, kanak-kanak lebih suka memakan telur ayam berbanding hidangan protein yang lain seperti ikan, ayam dan juga daging.

Masakan yang menggunakan telur ayam dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti sayur sudah tentu lebih enak.

Oleh itu, amatlah penting buat anda lebih-lebih lagi bagi para peniaga untuk mengetahui empat fakta mengenai telur ayam ini.

Seorang teknologis makanan menerusi laman Fbk miliknya (Sazly Tulih) ada berkongsikan mengenai empat fakta telur ayam.

Menurut perkongsian Sazly Tulih, terdapat empat fakta tentang telur yang perlu diketahui ramai. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh ikuti perkongsian di bawah.

Empat Fakta Yang Perlu Diketahui Tentang Telur

Oh Telur. Fenomena baru di kebanyakan negeri di Malaysia adalah kekurangan atau kehabisan telur ayam di pasaran. Ada sesetengah pihak berpendapat, cuaca panas mempengaruhi pengeluaran telur ayam. Mungkin betul. Sebenarnya, ayam pun seperti kita manusia, jika ayam-ayam ini stress, produktiviti pengeluaran telur pun mungkin berkurangan.

Akibat mogoknya ayam tidak mahu bertelur, ramai juga yang terkesan terutama para peniaga makanan dan juga pengilang makanan jika telur menjadi ramuan utama produk mereka.

Tahukah anda! Mungkin kita merasa pelik dengan fakta ini, sebenarnya ayam betina yang diternak bagi tujuan penghasilan telur, tidak pernah dikela minkan dengan ayam jantan. Jika bagi tujuan untuk mendapatkan anak ayam, barulah si ayam jantan diperlukan.

Selalunya, telur ayam mempunyai tempoh hayat 21 hari jika disimpan pada suhu bilik. Pada hari ke 28, telur kuning akan pecah dan membusuk. Hayat telur meningkat tiga kali ganda jika disimpan dalam peti sejuk.

Bagi telur yang tersimpan lama dan tidak diketahui tarikhnya, pengguna dinasihat memecahkan terlebih dulu telur itu dalam piring, jika telur kuningnya belum pecah, ia masih boleh dimakan. Telur juga boleh dikenal pasti sama ada masih baik atau sudah rosak dengan memasukkannya ke dalam bekas berisi air.

Jika telur tenggelam mendatar di dalam bekas, bermaksud telur itu adalah sangat segar. Jika telur dalam kedudukan tegak pula dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tidak begitu segar, walaupun begitu masih boleh dimakan. Dan jika telur itu dalam keadaan terapung bermaksud ia tidak lagi segar, busuk dan tidak boleh dimakan lagi.

Jika ada peniaga yang main sorok-sorok telur, fikirkan risi konya. Rugi.

Pence mar dalam telur

Salmonella enteritidis adalah sejenis bak teria yang boleh hadir dalam salur pencer naan ayam dan boleh mencemari telur ayam melalui pencemaran silang daripada na jis ayam kepada telur atau semasa pembentukan telur ayam sekiranya jangkitan Salmonella enteritidis berlaku terhadap tisu-tisu pembiakan ternakan tersebut.

Pengendalian yang tidak sempurna daripada segi kebersihan kulit telur ayam atau telur ayam yang tidak dimasak dengan betul, boleh menyebabkan keracu nan makanan (Salmonellosis) di mana individu yang dijangkiti boleh mengalami demam, kekejangan perut, dan cirit-birit bermula 12 hingga 72 jam setelah memakan makanan yang terce mar.

Golongan berisi ko seperti orang tua, bayi, dan mereka yang mengalami gangguan sistem imun mungkin akan mengalami gelaja penyakit yang lebih teruk dan memerlukan rawatan di hospital.

Bagi mengelakkan keracu nan makanan disebabkan bakte ria ini, pengguna dinasihatkan mencuci telur ayam dengan sempurna sebelum digunakan, elakkan menggunakan telur ayam yang telah retak atau pecah kerana ia mungkin tercemar dengan bakte ria Salmonella enteritidis dan memasak telur ayam dengan sempurna sehingga bahagian kuning dan putih telur ayam menjadi keras sebelum dimakan.

Saya harapkan, harga telur tidak menjadi harga kayangan selepas ini. Kalau tak, kempunan la saya nak makan roti telur bawang jika harganya mahal amat.

Sumber: Sazly Tulih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*