
Ibu Bapa Leka Main Telefon, “S4kitnya Jiwa Anak-Anak,” Tak Sedar Anak Makin Menjauh
Teknologi dicipta bagi mendekatkan yang jauh, namun mengapa yang dekat semakin menjauh? Sudahlah separuh hari masa dihabiskan di pejabat, apabila di rumah, masa yang tersisa digunakan bagi ‘melayan’ telefon pintar. Anak-anak terkapai-kapai mencari perhatian.
Menurut Dr Yuliana Ayob, kajian dilakukan mendapati ibu bapa yang leka bermain telefon bimbit adalah ibu bapa yang tidak peka dan kurang sedar tentang perkembangan anak-anak, malah kurang berfungsi sebagai ibu bapa yang baik.
Ikuti perkongsiannya.
SAKITNYA JIWA ANAK-ANAK TERBIAR, MAK PAK ASYIK BERGAJET
Macam tak biasa, ibu bapa tengok telefon depan anak-anak. Biasa, kan? Anak-anak tengah makan, ibu main whats app. Anak-anak tengah bermain, bapa baca email (ke fbk?). Semakin hari semakin menjadi-jadi.
Mentang-mentanglah anak masih kecil. Bagi mainan, diam. Bagi makanan, diam. Paling tak boleh tahan, bagi telefon bimbit juga kepada anak, supaya anak beranak dapat menguruskan kehidupan di ‘alam maya’.
Kita yang tengok ni, terdiam sungguh! Mat saleh buat kajian. 73% ibu bapa terikat dengan telefon ketika berada di kedai makan.
Betul? Ibu bapa melihat telefon setiap seminit pada setiap lima minit ketika bersama anak-anak di taman permainan.
Nak tahu tak?
Kajian terkini pada tahun 2019 menunjukkan ibu dan bapa yang leka bermain telefon bimbit adalah ibu bapa yang tidak peka dan kurang sedar tentang perkembangan anak-anak, kurang berfungsi sebagai ibu bapa yang baik, terasa masa selalu tidak cukup dengan anak-anak (dah selalu sangat dengan telefon!), dan anak-anak semakin buat perangai (tantrum).
Kompleks sangat. Hanya kerana ibu bapa yang ralit menatap Instgrm, twit ter, fbk, whats app dan apps al quran, eh, apps games la!
Kenapa ibu bapa boleh bertindak begini? Antaranya kerana telefon bimbit itu kan kawan baik mereka. Semua pun nak ‘share’. Antara lain kerana banyak sangat notifikasi, banyak ‘fllwers’ la!
Selain itu, penat bekerja, rasa bosan dan tekanan di tempat kerja. Telefon bimbit adalah ‘stress reliever’ kata mereka. Aduhai, kasihanilah anak-anak yang memerlukan perhatian anda. Ketika masih kecil itulah anak-anak perlu dibentuk.
Jika suatu masa nanti anak ralit bermain telefon ketika kamu memerlukan mereka, jangan pula dibentak anak sebagai derha ka, sedangkan kamu tidak berjaya menunjukkan contoh yang baik.
Sebenarnya telefon bimbit banyak manfaat, sepatutnya hubu ngan kita sekeluarga menjadi semakin erat, kerana dengan teknologi dan kemudahan yang ada sekarang, setiap daripada kita dapat berhubung dengan cepat. Tepat?
Tengok sahajalah ‘wall’ fbk kita, setiap hari berkongsi pelbagai cerita. Kawan-kawan pun terasa ‘keep in touch’ sahaja. Tetapi jangan pula hubu ngan dengan anak-anak menjadi semakin ‘jauh’. Sedar tak sedar, dah darjah 1 anak kita ya…..
Ikutlah cara hidup Rasulullah, baginda SAW menghormati, memberi perhatian dan kasih pada anak-anak.
Want to raise kind children? Be kind to your children. Giving kids our undivided attention, and being genuinely present, shows them they are valuable.
Sekian.
Kami suami isteri amalkan tiada gajet depan anak-anak. Sehingga satu tahap, apabila pegang gajet (kerana ada urusan), kami akan minta izin dan inform mereka, sebagai cara menghormati keberadaan mereka di situ.
Ustazah pesan, kalau boleh kurangkan tengok telefon di rumah. Jika terpaksa, sorok-soroklah sikit. Jangan bagi anak nampak. Tapi, kalau nak solat, berzikir, baca al-quran, memang kena tunjuk selalu, jangan malu-malu, tak perlu nak sorok-sorok, sebab memang itu yang kita mahukan anak kita ikut. Tak gitu?”
Sumber : Yuliana Ayob
Leave a Reply