
Tenyeh Jeragat Guna Getah Bawang Merah Inilah Rahsia Wajah Berseri Tampak Lebih Muda
Bawang merah itu sendiri mengandungi vitamin A, C dan E yang bermanfaat untuk melindungi kulit dari sinaran ultra ungu. Ia juga mengandungi sumber quercetin yang mana itulah antioksidan paling kuat untuk menjaga keanjalan kulit wajah.
Caranya : Ambil air perahan bawang merah dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan seketika dan basuh bersih. Jus tadi akan membantu meningkatkan perjalanan da rah pada kulit wajah.
Kurangkan Jerawat dan Wajah Berseri
Kulit wajah yang sensitif dengan produk di pasaran, boleh mencuba cara alami ini. Bawang merah bersifat anti bak teria dan anti keradangan. Getahnya bekerja membu nuh ku man malah membantu menyembuhkan lu ka bekas jerawat.
Caranya : Campurkan 1 sudu besar jus bawang merah segar dan 1 sudu besar minyak zaitun. Sapukan pada wajah sekitar 20 minit. Selepas itu cuci bersih dengan air dingin. Rasakan kelembutannya.
Fungsi Mencerahkan Kulit dan Wajah Berseri
Vitamin C yang ada pada bawang merah membantu menjaga kelembapan dan seri wajah. Jika kulit kelihatan kusam, cubalah sapukan masker bawang merah ini.
Caranya : 1/2 sudu besar jus bawang merah segar, 1/2 sudu kecil susu tepung dan sedikit buah pala. Campurkan sampai jadi kental. Sapukan pada wajah antara 15 ke 20 minit.
Syarat pakai masker tak boleh lebih 20 minit. Nanti boleh mengundang kerengsaan pada kulit. Kemudian bersihkan masker tadi dengan kapas yang dicelup pada susu yang dah dicairkan. Basuh bersih wajah.
5 Lagi Bahan Dapur Berkesan Untuk Buang Jeragat
1. Beras & Kunyit
Ambil setengah genggam beras, kemudian rendam semalaman. Toskan dan tumbuk sehingga halus bersama satu sentimeter kunyit hidup.
Selepas itu, gaulkan bahan tersebut dengan putih telur dan sedikit air perahan lemon atau limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah sebagai masker. Untuk hasil yang memuaskan, lakukan setiap hari.
2. Kulit Pisang Berangan Sekatakan Kulit
Sapukan wajah yang bermasalah dengan kulit pisang berangan. Gosok bahagian dalam kulit secara perlahan-lahan, lakukan sekerap mungkin. Bukan sahaja jeragat berkurangan malah kulit wajah juga menjadi sekata dan wajah berseri.
Hampas kelapa jangan dibuang sebaliknya gunakan untuk merawat wajah dan tu buh. Gosok pada wajah yang bermasalah setiap kali mandi, hasilnya jeragat akan beransur hilang.
Hampas kelapa juga boleh digunakan untuk menggosok tubuh. Ia membuatkan kulit lebih bersih, lembut, halus dan cerah.
3. Susu Tepung Melembapkan
Jeragat sangat mudah menyerang wanita yang mempunyai kulit yang kering. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu minum air secukupnya dan gunakan bedak atau krim yang mempunyai perlindungan matahari.
Petua ini juga dapat membantu mengelakkan jeragat dan bagi yang sudah mempunyai masalah tersebut, ia akan berkurangan. Bancuh satu sudu susu tepung dengan air perahan limau nipis.
Jadikan masker, sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.
4. Khasiat Sirih Muda
Petik beberapa helai sirih muda, simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi, gosok wajah yang berjeragat dengan sehelai daun sirih muda. Lakukan sehingga jeragat berkurangan, sirih juga membuatkan kulit anda lebih halus dan wajah berseri.
5. Kulit Kayu Manis Licinkan Wajah Berseri
Caranya mudah sahaja, asah kulit kayu manis dengan menggunakan belakang lesung batu atau pasu. Campurkan air kulit kayu manis dengan bedak sejuk, sapukan pada seluruh wajah.
Atau anda juga boleh sapukan air kulit kayu manis ini secara nipis pada bahagian yang bermasalah. Manfaatnya, jeragat akan kecut, jeragat berkurangan, parut juga hilang dan kulit akan menjadi lebih licin dan wajah berseri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Leave a Reply