Mohonlah Perlindungan Allah Daripada Gangguan Sya1tan Jika Dengar Tempikan Keldai Dan Salakan Anj1ng

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Mohonlah Perlindungan Allah Daripada Gangguan Sya1tan Jika Dengar Tempikan Keldai Dan Salakan Anj1ng

Mesti ramai yang perasan tatkala waktu Magrib atau tengah malam sahaja mesti kedengaran bunyi anj!ng sayup-sayup menyalak. Waktu itu, mulalah macam-macam yang timbul di fikiran termasuklah berkaitan ‘makh luk halus’.

Pernah tak kita dengar orang cakap kalau dengar bunyi keldai atau an jing menyalak sebenarnya mereka nampak sya!tan? Mesti pernah kan. Tetapi sejauh mana hujahan tersebut benar dan boleh dipercayai? Adakah ianya hanya untuk menakut-nakutkan sahaja.

Jadi, untuk menjawab soalan ini, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dengan berbesar hati menjelaskan dengan terperinci sekali dan apa yang anda semua perlu lakukan jika kedengaran suara nyalakan tersebut. Jom sama-sama kita meniliti hujahan di bawah.

Soalan

Benarkah apabila keldai mengeluarkan bunyi, merupakan tanda keldai melihat sya!tan?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Firman Allah SWT:

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

Maksudnya: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”[1]

Di dalam al-Tafsir al-Muyassar, disebutkan bahawa suara yang paling buruk dan paling diben ci ialah suara keldai yang cukup dikenali dengan kedunguannya dan suaranya yang kuat memekik.[2]

Persoalan berkenaan keldai mengeluarkan bunyi, merupakan tanda keldai melihat sya! tan adalah sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

Maksudnya: “Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada Allah SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada Allah SWT daripada Sya! tan, kerana ia (keldai) sedang melihat sya! tan”.[3]

Dalam riwayat lain, disebutkan daripada Jabir Bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ نُبَاحَ الْكِلَابِ، وَنَهِيقَ الْحُمُرِ بِاللَّيْلِ، فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّهُنَّ يَرَيْنَ مَا لَا تَرَوْنَ

Maksudnya: Apabila kamu mendengar an j!ng menyalak dan tempikan suara keldai pada waktu malam maka hendaklah kamu memohon perlindungan dengan Allah kerana sesungguhnya an j!ng dan keldai itu nampak akan apa yang kamu tidak nampak.[4]

Hadith ini juga menunjukkan bukan sahaja suara keldai yang menandakan ia melihat sya! tan, bahkan suara salakan anj !ng juga menunjukkan hal sedemikian.

Syeikh Abd al-Muhsin al-Abbad menyatakan di dalam syarahnya: Hadith ini menunjukkan keterikatan untuk memohon perlindungan pada waktu malam, tetapi hadith sebelum ini bersifat umum dan tidak terikat dengan waktu. Apabila manusia mendengar suara pekikan keldai pada waktu siang, maka mereka perlu juga untuk memohon perlindungan kepada Allah. Hal ini boleh jadi ia sifat yang boleh dirasai kerana sya! tan-sya! tan kebiasaannya keluar pada waktu malam.[5]

Syeikh Athiyah Saqr di dalam kitab Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah menyatakan: “Diambil daripada hadith-hadith ini, sesungguhnya haiwan dapat melihat akan sebahagian daripada mahk luk Allah yang gha1b daripada pandangan kita daripada perkara yang kita tidak dapat melihatnya. Akan tetapi kaitan antara haiwan melihatnya dengan apa yang kita tidak dapat melihatnya seperti malaikat dan j!n ini terhenti atas apa yang terdapat di dalam hadith Nabi SAW dengan jalan yang sahih.”[6]

Memohon Perlindungan Allah

Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan pandangan ‘Iyadh, katanya: Faedah daripada hadith ini adalah perintah untuk memohon perlindungan kepada Allah daripada keja  hatan sya!tan dan kejahatan godaan was-wasnya, dengan memohon perlindungan kepada Allah untuk menolak kejhatan mereka.[7]

Syihabuddin Ahmad bin Muhammad al-Qastalani di dalam syarahnya menyatakan: apabila kita mendengar bunyi atau suara keldai maka pohonlah kepada Allah SWT agar kita dijauhi daripada keburukan dan keja hatan was-was sya! tan.[8]

Syeikh Syams al-Haq al-Azim Abadi pula menyatakan di dalam syarahnya: Turunnya kemurkaan Allah SWT ketika kita melihat ahli mak siat, maka disunatkan kita untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT. [9]

Kajian berkenaan mata An j!ng dan Keldai[10]

Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar perubatan Mesir, Dr. Hisham Ahmad Taha, telah menjawab mengapa keldai dan an j!ng boleh melihat sya! tan. Daripada kajian yang dijalankan, keldai dan an j!ng tergolong dalam kategori haiwan yang boleh melihat sinar infrared.

Sinar ini terletak pada jarak gelombang panjang 750 nanometer sehingga 1 milimeter. Manakala sya! tan yang pernah dikaji oleh saintis juga berada dalam kelompok gelombang infrared. Sebab itu tidak mustahil jika keldai dan an j!ng boleh melihat sya! tan. Hal ini kerana sya! tan, ib l!s dan j!n itu dijadikan daripada api.

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami nyatakan bahawa keldai dan juga an j!ng boleh melihat sya! tan sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith di atas. Justeru, sewaktu mendengar teriakan suara keldai ataupun suara an j!ng menyalak, maka kita diajar untuk berdoa memohon kepada Allah SWT agar dilindungi daripada gangguan sya! tan, j!n dan ib l!s yang sentiasa cuba menyesatkan manusia.

Akhirnya semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini. Amin.

Wallahua`lam.

Sumber: Maktabahalbakri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*