Kisah Pengalaman Isteri Kepada Suami Seorang Tabligh

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Kisah Pengalaman Isteri Kepada Suami Seorang Tabligh

Kini, sudah ramai masyarakat yang gemar mengikut dan menyertai kumpulan tabligh di sesetengah kawasan. Bukan sahaja penduduk tempatan, malah dalam kalangan artis juga rajin menyibukkan diri untuk menyertai kumpulan tersebut.

Kebiasaannya, orang-orang tabligh ini adalah dalam kalangan suami yang mempunyai keluarga. Ada kalanya orang yang menyertai jemaah ini akan pergi paling kurang 40 hari atau lebih.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya, bagaimana keperluan makanan dan harian keluarga mereka di rumah? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Puan Farah Bert ada berkongsikan kisahnya sebagai isteri kepada jemaah tabligh yang ramai tidak tahu.

Aku Sebagai Isteri Kepada Orang Tabligh

Sebelum2 ini adakalanya aku terdengar kisah-kisah kurang enak tentang nasib isteri orang tabligh. Jadi, di sini biar aku ceritakan kisah aku pula untuk membetulkan mana-mana persepsi yang salah.

1. Suami tinggal isteri terkontang kanting?

Perkara ini tidak pernah terjadi dalam keluarga aku mahupun keluarga-keluarga yang aku kenal (aku kenal ramai). Suami-suami sebelum mereka ikut jemaah 40 hari mahupun yang lebih lama, mereka selalunya beli stok makanan minuman bertimbun-timbun untuk isteri dan anak-anak (nak mudahkan isteri).

Suami aku beli stok sampai penuh almari dan freezer, aku yang pening macam mana nak simpan semua ni. Kawan-kawan aku pun sama, apabila suami dorang ikut jemaah 40hari atau empat bulan ke misalnya, maka aku sibuk la bertanya nak tolong beli apa-apa tak? Hampeh semua. Semuanya kata tak payah sebab suami dah siap beli-belah awal-awal. Kalau mereka suruh beli pun cuma susu ke atau buah ke sebab benda-benda tu habis atau boleh basi.

Jadi ,aku dan kawan-kawan sememangnya tak pernah jumpa lagi isteri yang suaminya selamba tinggal tak bagi bekal. Kebiasaannya, kalau isteri tu jenis suka memandu sendiri pegi kedai, suami tak payah beli banyak sangat dan cuma tinggal duit nafkah saja.

Suami aku Alhamdulillah dia beli bekal makanan dan tinggal jugak duit nafkah dan akses ke bank dia. Kalau ada suami yang tinggal tanpa nafkah, maka dia telah gagal mematuhi tertib dan peraturan. Benda ni sangat dititikberatkan oleh golongan tua sebelum lelaki tu sertai apa-apa jemaah sekalipun. Kes kes terpencil mungkin ada, cuma jarang lah aku dengar.

2. Suami Tinggal Takde Khabar Berita?

Selalunya kami tahu dia dan jemaah dia ke mana. Di celah-celah jadual dia, dia akan hantar pesanan mesej atau telefon (selalunya hantar surat!) tanya khabar dan cerita sikit perkembangan dia. Kalau diorang tulis surat, memang pakai tangan je dan pakai kertas-kertas yang dikoyak dari buku nota, agak ro mantiklah rasanya bila terima.

3. Tinggal Isteri (De ra Emosi)?

Tak pun sebenarnya, langsung tak terde ra. Ok dia macam ni. Masa tengok dia kemaskan baju dan hendak turun dari rumah tu, memamglah sebagai isteri kita rasa sayu. Maklumlah, kalau keluar di jalan Allah ni, kita tak tahu dia akan balik ke tak, adakah sya hid di pertengahan? So mesti la sayu sikit.

Tapi pengalaman aku la kan. Pada saat dia nak turun rumah tu, akan terasa satu sakinah dalam rumah (ketenangan) yang tak boleh nak ceritakan dengan perkataan. Rasa tenang. Apabila dia dah pergi, dia dah memulakan susah payah dia dalam berkor b4n di jalan Allah.

4. KESAN pada anak-anak

Selama dia pergi tu, akan terjadi pelbagai perkara baik terhadap anak-anak. Adakalanya terjadi perkara yang ajaib, yang tidak dapat dijelaskan oleh logik. Akhlak anak-anak jadi terbentuk, masalah-masalah yang dahulunya kita suami isteri pening , banyak yang selesai semasa suami sedang berkor b4n di jalan Allah.

Ni bukan sekali terjadi, tapi banyak kali. Masa suami tengah susah payah buat 40hari tu la selesai perkara-perkara yang sebelum itu kita buntu tentang anak. Tarbiyah anak-anak seolah-olah dibuat terus oleh Allah swt. Seolah -olah Allah swt mentarbiyah anak-anak itu secara langsung.

Ilmu agama dan duniawi anak-anak turut meningkat semasa tempoh itu. Sebab itu apabila suami balik rumah semula, kami isteri-isteri ni sibuk nak cerita semua perkara menakjubkan ini, sibuk nak ‘update’ dia yang anak ni tiba-anak sudah…, anak itu pula tiba-tiba dahmi pun mendengar dengan penuh gembira.

Sebab itu, tiap kali Suami nak pergi 40hari ke atau empat bulan ke, walaupun rasa sayu pada permulaan, tapi Allah gantikan pengor banan emosi itu dengan kebaikan-kebaikan ini.

Bukan anak saja dapat kebaikan malah isteri juga merasai perkara perkara yang tidak pernah dipelajarinya, isteri juga belajar ilmu-ilmu yang tidak pernah dihafal di sekolah atau kelas. Rasa macam Allah tarbiyah secara langsung.

5. Pengalaman suami

Suami pun apabila balik, gigih bercerita pengalaman jemaah dia . Masuk pulau keluar pulau, masuk kampung keluar kampung, berapa ramai peluk Islam dan sebagainya. Selalunya suami elak cerita apa-apa yang tidak manis, kalau ada perselisihan sekalipun dalam jemaahnya , tidak akan dicerita sebab prinsipnya ialah rukan. Hanya kebaikan orang saja yang dicerita.

Ada banyak perkara menakjubkan yg terjadi selama bebrapa kali suami pegi 40hari atau empat bulan tapi terlalu panjang untuk cerita. Tapi, secara umumnya, masa suami pergilah para isteri belajar macam mana untuk bergantung 100% kepada Allah.

Selalunya masa suami ada di rumah, apabila susah sikit memang cerita kepada suami atau mintak suami beli atau cari. Jadi kita adakalanya sedikit terlupa bahawa apa-apa pun, akan balik kepada Allah. Sepatutnya, kita minta kepada Allah dulu, adu kepada Allah dulu. Tapi selalunya sebab suami tu depan mata, maka adu kepada dia aje la.

Justeru apabila suami ke jalan Allah, maka ia seperti tapak latihan untuk belajar baiki pergantungan itu. Apabila susah, adu pada Allah.

Dan ternyata, acapkali pertolongan Allah itu dekat. Hendak sekali saya kongsikan insi den-insi den yang telah berlaku tapi tak larat nak taip lagi. Perkara ini dialami bukan saja oleh saya tetapi juga oleh isteri isteri lain yang biasa menggalakkan suami keluar di jalan Allah (redha supaya suami pergi).

Baiklah sampai di sini dahulu cerita saya. Semoga Allah ampunkan umat kita dan sebar hidayah ke seluruh alam. Semoga Allah swt jadikan kita (para pembaca) dan keluarga kita asbab hidayah buat seluruh alam.

Perkongsian ini tidak ada langsung niat untuk mengatakan usaha ini adalah lebih baik daripada mana mana usaha agama yang lain, malah insan insan dalam usaha ini juga tidak terlepas daripada kealpaan dan kesilapan individu atau kumpulan. Prinsip saya, setiap usaha agama atas bumi ni tidak kira nama apa sekalipun, adalah saling melengkapi.

Kelebihan yang ada pada jemaah A mungkin tiada pada jemaah B, kelemahan pada jemaah A mungkin tiada pada jemaah B. Anggaplah semuanya saling melengkapi.

Sumber : Farah Bert

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*