Ingin Sihat Dan Tampil Lebih Yakin Amalkan Minuman Herba Ini Dalaman Terjaga Dan Luaran Pasti Sihat
Mengamalkan petua minum herba tradisional memang dikatakan terlalu banyak kebaikannya. Salah satu jenis minuman herba untuk penjagaan kesihatan tu buh badan adalah air asam kunyit.
Menurut mereka yang mengamalkan minuman ini, dikatakan akan merasakan badan lebih bertenaga, segar dan ringan sahaja malah masalah kepu tihan juga dapat diatasi. Untuk lebih lanjut ikuti perkongsian daripada Puan Nabilah yang juga turut berkongsi resipi untuk menghasilkan minuman istimewa ini. Jom semak!
Saya amalkan minum setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Biasanya saya minum lepas makan malam. Saya jarakkan masa sebab nak tidur saya makan jamu. Alhamdulillah best jugak rasa badan.
Rasa dia macam air asam jawa yang dalam botol tu. Tapi best yang ni lagi lah. Huhu. Habis ni nak buat lagi.
AIR ASAM KUNYIT MABELES
Bahan:
- Kunyit hidup
- Asam jawa
- Manjakani (optional, jika tak nak letak tak apa. Saya letak sebiji je takut pahit)
- Gula pe rang/madu/gula batu (ikut citarasa, saya guna gula pe rang)
Cara penyediaan Minuman Herba Asam Jawa:
- Ketuk kunyit. Kemudian rebus/reneh dengan manjakani.
- Rebus air satu periuk, renihkan sehingga jadi separuh periuk.
- Letak asam jawa secukup rasa dan gula perang. (Cukup sekadar rasa)
- Sejukkan dan masukkan dalam botol/tupperware. Simpan dalam peti. Minum secawan pagi dan malam.
KEBAIKAN MINUMAN HERBA
1. KUNYIT
Cuci da rah dan kotoran dalaman, kecutkan ra him (elok untuk kurangkan buncit), kecutkan semua jenis ke tum buhan dalaman (boleh cegah kn ser), pulihkan lu ka-lu ka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong/rahim keluar/rahim jatuh.
2. ASAM JAWA
Untuk buang lemak, bagi kesegaran tubuh badan, membantu buang air besar.
3. MANJAKANI
Pulihkan otot dalaman, dengan kata lain ketatkan kembali ‘aset’ lepas bersalin. Mampu untuk tegangkan balik segala ‘aset-aset’ kewanitaan. Untuk awet muda kurangkan masalah keputihan, cepatkan penyembuhan lu ka jahi tan dan sebagainya.
Boleh buat banyak-banyak minuman herba ni dan simpan dalam peti. Boleh juga letak halia (ikut cita rasa). Jangan minum waktu pe ri0d dan wanita ha mil dilarang sama sekali.
Sumber : Nabilah Mohd Nawi
Leave a Reply