Dengan Urutan Jari Ni Tahap Kesihatan Anda Dapat Meningkat Dengan Cepat
Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan selama beratus-ratus tahun biasanya menggunakan titik-titik tertentu di bahagian tubuh untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan.
Salah satu bahagian tu buh yang ada titik-titik ajaib adalah tangan malah jari. Hanya dengan gerakan sederhana di bahagian tersebut, anda boleh melenyapkan deri ta pelbagai masalah kesihatan ringan.
Berikut 8 urutan sederhana jari tangan yang boleh anda cuba.
1. Urutan di bahagian ibu jari
Jika kamu rasa gugup, ce mas yang berlebihan, atau sakit kepala, genggamlah ibu jari dan ra mas secara perlahan-lahan selama 5 minit. Pakar refleksologi mendedahkan gerakan tersebut dapat mengurangkan masalah-masalah tersebut.
2. Urutan di bahagian jari telunjuk
Bahagian telunjuk dipercayai mengendalikan sakit otot, perasaan kecewa, takut, dan malu. Menurut sebuah kajian di University of Minnesota, pesakit dengan sakit belakang dan otot merasa lebih baik setelah mereka mera mas-ra mas secara lembut bahagian jari telunjuk selama 5 minit.
3. Urutan di bahagian jari tengah
Mengurut jari tengah dipercayai dapat mengurangkan perasaan kesal, marah, atau lelah. Kajian juga menunjukkan bahawa urutan di bahagian jari tengah dapat menurunkan tekanan da rah dan menenangkan.
4. Urut di bahagian jari manis
Emosi negatif dan kesedihan dipercayai akan hilang jika kamu mengurut dengan lembut jari manis selama 5 minit. Jangan lupa untuk tetap tenang dan perhatikan pernafasan anda.
5. Urutan di bahagian jari kelingking
Jari kelingking bertanggungjawab atas tahap stres dan kecema san. Anda boleh cuba mengurut secara perlahan-lahan jari kelingking selama 5 minit sambil memikirkan hal-hal positif.
6. Picit di telapak tangan
Kajian menunjukkan, mengurut secara teratur telapak tangan dapat membantu mencegah mual, stres, cirit-birit, dan sembelit. Pakar refleksologi juga mengatakan bahawa telapak tangan adalah pusat perasaan dan emosi.
Anda boleh melakukan gerakan menekan telapak dengan jari, kemudian buat gerakan melingkar sambil menarik dan menghembus nafas sebanyak tiga kali.
7. Posisi menekan dua telapak tangan
Posisi ini sering digunakan dalam meditasi. Kedudukan ini dipercayai membantu anda menumpukan perhatian dan menenangkan fikiran. Dengan menekan telapak tangan secara bersama-sama, anda juga boleh memperbaiki peredaran da rah.
8. Posisi Surya Mudra
Kedudukan ini dipercayai membantu memperbaiki pencernaan dan metabolisma. Teknik ini juga digunakan untuk menurunkan suhu da rah dan mengurangkan naf su makan.
Sumber: Brightside / tazakkagroup
Leave a Reply