Nak Diet Di Malam Hari Perlu Patuhi Perkara Ini Terlebih Dahulu
Boleh dikatakan ramai wanita terutama yang ingin menurunkan berat badan langsung tidak ambil makanan di waktu malam. Tepatkah cara diet sebegitu? Berdiet sebenarnya bukan menyekat semua jenis makanan daripada diambil tetapi bagaimana anda mengambilnya dan bagaimana mengimbangkannya dengan keperluan dan kegunaan tenaga.
Diet cara yang tepat adalah dengan mengambil semua jenis makanan namun dengan kuantiti yang sedikit dan nilai kalori yang rendah, sesuai dengan keperluan dan kegunaan tenaga yang digunakan.
10 Perkara Orang Nak Diet Kena Elakkan Waktu Makan Malam
Pun begitu jika mahu mengambil makan malam, anda perlu jadikan 10 perkara ini sebagai panduan.
1. Elakkan makan di malam hari
Jam 7 antara waktu paling tepat. Jangan melebihi waktu ini sehingga jam 8 malam. Biarkan sekurang-kurangnya empat jam sebelum anda mengambil keputusan untuk tidur.
2. Amalkan minum setiap malam sebelum waktu tidur anda
Cukup hanya segelas susu panas yang menyegarkan rasa. Ia pengubat perut anda yang kosong sepanjang malam.
3. Air kosong pelengkap paling penting.
Sebelum mengambil makan sekitar jam 7, pastikan anda minum segelas air kosong sebagai permulaan santapan. Cara ini juga sebenarnya membantu anda makan lebih kurang dari biasa.
4. Makan buah dan sayur
Pastikan makanan yang diambil hanyalah berupa buah-buahan dan juga sup sayuran terpilih yang menyihatkan badan.
5. Pilihlah buah-buahan segar dan mengenyangkan seperti buah epal
Buah epal antara buah pembekal karbohidrat yang tinggi. Rasa manis semulajadinya membuatkan anda membina diet sihat.diet waktu malam, pemakanan waktu malam, plan pemakanan semasa diet, makanan semasa waktu malam, menu makan malam, menu diet
6. Eakkan makan di luar
Ia mendorong untuk makan lebih banyak. Maklumlah berhibur sambil bersantai, anda pasti tidak sedar kadar pengambilan makanan anda.
7. Kaya khasiat
Jika anda masak sendiri, pastikan kandungan makanannya terjamin dan kaya khasiat. Elakkan lemak dan yang koles terol tinggi. Kenali pilihan makanan anda untuk kesejahteraan anda juga!.
8. Jauhkan daripada televisyen
Samada anda sedar mahupun tidak, makan sambil menonton tv ini membuat anda hilang tumpuan pada makanan. Bila hilangnya tumpuan, anda juga tidak akan rasa kenyang, malah mendorong anda makan bertambah.
9. Pastikan makanan anda direbus mahupun dibakar
Misalnya ikan bakar atau panggang yang dimakan tanpa nasi. Rebuslah sayur yang dimakan bersama ‘thousand island’. Cara ini juga membuka selera anda yang dah lama m4 ti.
10. Elakkan makan beramai-ramai sambil bersantai di rumah
Benar kata orang tua-tua, makan beramai lebih membuka selera. Yang pasti jika ini pilihan anda, tetapkanlah dalam hati agar anda makan tidak bertambah.
Selamat mencuba.
Sumber: petuaibu
Leave a Reply