Ini Cara Pastikan Ayam Kekal Segar Dan Tahan Lama Dalam Peti Ais
Sudah menjadi rutin setiap keluarga untuk ‘restock’ barang-barang dapur tiap-tiap minggu ataupun bulan. Yela, nak beli barang dapur setiap hari memang agak menyusahkan. Jadi sekali shopping tu belilah dalam kuantiti yang banyak supaya tahan beberapa hari.
Barang-barang dapur yang selalu dibeli termasuklah bahan-bahan masak basah ataupun kering seperti ayam, ikan, sayuran dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang kita risau bila beli bahan dapur banyak-banyak ialah tahap kesegaran bahan basah itu. Terutama sekali kalau beli ayam.
Sudah pasti, dalam list barang-barang dapur ayam memang tidak akan ketinggalan untuk dibeli. Bukan apa, ayam ini adalah satu-satunya masakan mudah dimasak dengan pelbagai menu dan ianya sedap.
Tapi, tahukan anda, ayam akan kehilangan kesegaran selepas beberapa hari dalam peti sejuk. Nak masak pun hilang mood bila ayam dah tak segar. Rasa lain bila ayam tak segar dimasak bersama. Mesti ramai wanita berharap ayam kekal segar dan tahan lama sebab biasanya memang ayam di beli lebih banyak dari bahan mentah yang lain.
Jom cuba tip mudah bagaimana nak memastikan ayam yang kita simpan lama dalam peti sejuk kekal segar dan sedap.
Ayam Kekal Segar Dalam Peti Sejuk , Ini Tipnya::
1. Selepas pulang dari pasar, segera bersihkan ayam dan disimpan terus dalam peti sejuk. Jangan biarkan terdedah terlalu lama pada suhu bilik.
2. Simpan ayam dalam bahagian yang sejuk beku atau yang paling sejuk.
3. Jika anda tidak sempat mencuci ayam yang dibeli dan terus simpan dalam peti sejuk, pastikan ia tidak lebih dari dua hari.
4. Ayam yang sudah dimasak boleh juga disimpan dalam peti sejuk tetapi tidak lebih dari dua hari juga.
Ini hanyalah sebahagian tip atau petua yang kerap diguna bagi memastikan ayam kekal segar dan tahan lebih lama dalam simpanan peti sejuk. Ada juga petua yang meletakkan garam sedikit ketika hendak menyimpan ayam yang telah anda bersihkan. Anda boleh bereksperimen di dapur anda sendiri ya!
Diharapkan tip memastikan ayam kekal segar ini memberi info yang betul tentang cara menyimpan ayam agar sentiasa segar walau disimpan lama dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Leave a Reply