Rumah Bebas Daripada Debu Hama Ini 6 Tip Yang Ibu Boleh Cuba

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Rumah Bebas Daripada Debu Hama Ini 6 Tip Yang Ibu Boleh Cuba

Debu hama ni adalah sejenis serangga kecil yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop, memang tak nampak dengan mata kasar. Malah debu hama ini boleh menyebabkan risi ko alergik dan asma kepada manusia. Itu sebabnya bila anda mencuci tempat yang berhabuk, baring atas karpet kadang-kadang menyebabkan hidung gatal-gatal dan bersin tanpa henti.

Mengapa ia tak boleh dilihat dengan mata kasar? Ini kerana debu hama ini bersaiz antara 1/4 ke 1/3 millimeter panjang. Hama hanya boleh dilihat melalu mikroskop dan ia menyerupai labah-labah tapi berwarna putih kejernihan. Manusia akan menghasilkan sekurang-kurangnya 1.5 gram kulit mati dalam satu hari dan ianya cukup untuk menjadikan sumber makanan kepada jutaan debu hama.

Malah dengan cuaca yang panas dan lembab seperti Malaysia ni amatlah sesuai untuk pembiakan serangga ini.

Tips Untuk Ibu Mengurangkan Debu Hama Di Rumah

Untuk mengha puskan debu hama ini bukanlah mudah dan boleh dikatakan mustahil. Namun sebenarnya ia boleh dikurangkan. Dan cara untuk anda mengurangkan kewujudan debu hama ini adalah seperti berikut:

1. Beli mainan lembut yang boleh dibasuh

Punyai anak-anak kecil yang gemar bermain patung mainan? Tapi tahu tak patung mainan ni antara tempat yang debu hama gemar nak membiak? Jadi, kalau boleh belilah patung mainan atau mainan lembut yang mudah dibasuh. Kalau boleh basuh sekerap mungkin ini dapat elakkan anak daripada terkena alahan.

2. Bersihkan habuk dengan tuala lembab

Ini antara cara nak mengelakkan dari habuk terbang di udara lantas menyebabkan anda mudah terkena alahan.

3. Vacuum dengan kerap

Dengan pelbagai teknologi yang digunakan dalam menghasilkan vacuum terbaik, tak ada alasan lagi kenapa anda tidak boleh mengekalkan kebersihan rumah dengan baik. Baik debu, sisa makanan dan rambut-rambut gugur dapat dibersihkan dengan mudah dengan penggunaan vacuum berkualiti.

4. Guna cadar anti-alahan

Ada pelbagai jenis dan material cadar yang anda boleh pilih, namun antara jenis cadar yang boleh bantu mengurangkan debu hama dari terperangkap adalah yang jenis kalis habuk! Cadar jenis ini biasanya mengandungi kandungan benang yang tinggi jadi apabila kurang lubang-lubang diantara jahitan benang, maka sukarlah debu hama untuk terperangkap.

5. Basuh cadar dengan kerap

Selain itu anda juga boleh jadikan membasuh cadar tilam dan sarung bantal ini sebagai rutin mingguan. Basuh semua cadar, sarung bantal, selimut dengan air panas untuk membv nuh debu hama dan alahan. Jika anda mesin basuh anda tiada fungsi air panas, anda boleh bawa ke mesin pengering dan biarkan cadar dikeringkan dalam 15 minit.

6. Kurangkan kelembapan di rumah

Gunakan humidifier atau penghawa dingin yang mempunyai fungsi dehumidifier untuk mengekalkan kelembapan yang rendah di dalam rumah.

Jangan biarkan rumah anda dipenuhi dengan debu hama ini kerana ianya akan mendatangkan penyakit buat anda dan keluarga. Ambil masa yang terluang atau ketika cuti untuk bersihkan kawasan rumah di ruang tamu atau bilik masing-masing.

Sekian sahaja perkongsian ini, jadikan keluarga kita semua sihat dan bebas dari debu hama ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*