Ini Alasan Ruang Sejuk Beku Tiada Lampu Yang Mungkin Kita Baru Tahu

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Ini Alasan Ruang Sejuk Beku Tiada Lampu Yang Mungkin Kita Baru Tahu

Apa sebenarnya sebab ia tidak disertakan dengan lampu? Profesor Ekonomi di Universiti Cornell, Robert H. Frank memberitahu ia tidak mempunyai sebab tertentu sebaliknya ia direka seperti itu bagi bersesuaian dengan konsep penjimatan.

Ini kerana kata Robert, kos untuk memasang lampu pada bahagian sejuk beku sama di bahagian bawah peti sejuk meskipun saiznya lebih kecil.

Perkara itu turut dipersetujui oleh pakar pembuatan barangan elektrik dan kelengkapan rumah, Ed Dougherty.

Jelas Ed, kajian mendapati ramai orang tidak membuka freezer dengan kerap berbanding bahagian bawah peti sejuk.

“Biasanya tempat sejuk beku orang simpan bahan mentah seperti ikan, daging serta beberapa makanan lain termasuk ais krim. Jadi bahagian itu jarang jadi tumpuan.

“Jadi lampu bukan satu keperluan pada ruangan sejuk beku,” kata Ed.

Dalam pada itu, Ed memberitahu pembentukan ais dan suhu sejuk turut membuatkan kehadiran cahaya sebagai sia-sia.

Ini kerana sifat panas pada lampu akan mempengaruhi suhu di dalam ruangan sejuk beku sekaligus mempengaruhi makanan yang disimpan di dalamnya.

Bagaimanapun kata Ed, bukan semua peti sejuk tidak mempunyai lampu sebaliknya ia bergantung kepada jenama, jenis dan harga.

Sesuai dengan konsep penjimatan itu, Ed memberitahu sekiranya seseorang itu mementingkan gaya dan fungsi sesebuah peti, maka lampu pada ruangan sejuk beku menjadi keutamaan.

“Jika ada sanggup bayar lebih untuk membeli peti sejuk dengan lampu pada ruangan sejuk beku itu adalah hak masing-masing dan sebaliknya,” kata Ed.

Sumber: suria

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*