Tip Mengekalkan Kesegaran Udang Walaupun Disimpan Lama Dalam Peti Sejuk

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Tip Mengekalkan Kesegaran Udang Walaupun Disimpan Lama Dalam Peti Sejuk

Menyimpan udang terlalu lama biarpun di dalam peti sejuk akan menyebabkan udang tersebut bertukar warna dan menjadi tidak segar seperti yang baru dibeli. Hasilnya masakan yang dimasak berasa tidak enak. Kini terdapat petua untuk mengekalkan kesegarkan udang biarpun disimpan selama seminggu dalam peti sejuk. Anda bolehlah mencuba nanti. Antara bahan dan langkah-langkahnya ialah:

BAHAN-BAHAN:

  • Bekas bertutup
  • 2 sudu makan gula pasir
  • Udang hidup segar

CARA-CARA:

1. Mula-mula bersihkan udang tersebut dengan membuang kepala dan ekornya.

2. Masukkan ke dalam bekas yang bertutup.

3. Masukkan gula. Kacau rata agar gula melitupi keseluruhan udang.

4. Tutup bekas tersebut dan masukkan ke bahagian sejuk beku. Insya Allah, udang anda pasti akan segar untuk beberapa hari.

Selain itu anda juga boleh ikut tip lain untuk segarkan dan rasa keenakan apabila masak udang seperti udang fresh.

Untuk mengekalkan rasa keenakan dan kesegaran udang, bersihkan udang terlebih dahulu dan bilas dengan air kelapa sebelum ditanggalkan kulitnya.

Kumpul kulit-kulit udang dan bungkuskan dengan kulit kapas dan ikat seperti bunjut rempah sup. Masukkan bunjut tersebut ke dalam masakan dan buang setelah selesai memasak.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi petua yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*