Nasi Bau Hangit Kembali Wangi Ini 9 Petua Yang Boleh Anda Lakukan

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Nasi Bau Hangit Kembali Wangi Ini 9 Petua Yang Boleh Anda Lakukan

Ada yang baru berkahwin barulah nak belajar memasak. Bukan salah mereka, mungkin kerana gaya hidup moden dan sibuk bekerja membuatkan ramai wanita hari ini tidak hebat ketika di dapur. Untuk mereka yang baru pertama kali memasak nasi dan secara tiba-tiba ia hangit, mungkin ini boleh membantutkan selera suami anda. Jadi kami senaraikan cara untuk para isteri mengembalikan seleranya.

Elak bau hangit pada pada nasi dan kembali wangi.

1. Petua Pertama

Ambil sedikit kelapa parut, ikat dalam kain putih yang bersih. Timbuskan dalam nasi. Perlahankan api, dengan cara ini nasi boleh dimakan dan ia masak dengan sempurna.

2. Petua Kedua

Ambil dan basuh cili kering dalam dua tiga tangkai dan jangan dipotong. Masukkan ke dalam nasi tersebut dan biarkan seketika.

3. Petua Ketiga

Kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, tiada lagi bau hangit tu.

4. Petua Keempat

Ambil daun pisang dan letakkannya menutupi permukaan atas nasi. Biarkan sejenak. InsyaAllah, tiada lagi bau hangit.

5. Petua Kelima

Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang.

6. Petua Keenam

Ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit. Tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.

7. Petua Ketujuh

Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan periuk.

8. Petua Kelapan

Taburkan cengkih sebanyak 5 tangkai dalam nasi yang hangit dan biarkan beberapa ketika.

9. Petua Kesembilan

Usaha lain yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan daun pandan. Ambil beberapa helai daun pandan, simpulkan dan kemudian letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit. Nasi bukan sahaja hilang baunya tetapi lebih harum.

Nasi hangus mungkin tidak lagi relevan dengan kegunaan periuk nasi kita yang praktikal. Tapi kalau kenduri kendara kita tak terlepas daripada mengalami masalah ini kerana mungkin ada sesetengah tempat yang masih menggunakan periuk biasa.

Jika mengalami masalah begini, pastinya membuang nasi atau bubur bukan tindakan yang bijak.

Kecewa namun janganlah sampai nasi atau bubur tersebut dibuang begitu sahaja. Dua cara ini mungkin membantu anda kurangkan bau hangusnya. Namun pastikan ia dilakukan ketika nasi masih panas dan cepat-cepat buat tindakan ini. Memang berjaya!

Selamat mencuba!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*