5 Perkara Yang Perempuan Tidak Puas Hati Pada Lelaki Please Take Note Kaum Lelaki
Lelaki diciptakan oleh Allah S.W.t sebagai pemimpin, dibahu mereka terletak tugas dan tanggungjawab yang besar. Dibahu mereka dibebani dengan amanah yang berat untuk dipikul iaitu memelihara wanita sepertimana Firman Allah dalam Surah An Nisak ayat 34 yang bermaksud ”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, oleh itu Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari hartanya (Surah An Nisak ayat 34)
Wanita diangkat tinggi darjatnya dalam Islam sekaligus memiliki banyak keistimewaan dan lebih unggul jika dibandingkan dengan lelaki. Bahkan terdapat satu surah dalam Al Quran yang mengkhususkan perihal wanita yang dinamakan dengan surah “An Nisa’ ”.
Lelaki yang baik adalah lelaki yang mehormati dan meninggikan darjat wanita.Besarnya tanggungjawab seorang lelaki sehinggakan segala tanggungjawab keatas wanita dipikulkan keatas bahu seorang lelaki.
Berbalik pada topik kita hari ini kenapa wanita tidak suka lelaki.
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah lelaki dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah
2. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keran jang). Pantang jumpa perempuan cantik dan sks1 mulalah mata tu macam nak terkeluar. Kadang-kadang isteri disebelah pun masih berani nak main mata dengan perempuan lain.
2. EGO
Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum perempuan. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
4. PANAS BARAN
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima tapi, bagaimana kalau dah naik tangan?
5. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah yang paling besar. Walaupun dah ada isteri, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau dig0da, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan orang yang disayang.
Namun tidak semua lelaki bersifat seperti di atas. Ada yang lebih baik dari awal perkenalan sehingga ke anak 5 masih setia dengan pasangan dan bertanggungjawab dalam membentuk keluarga bahagia. Kalau nak pilih bakal suami pilih dari awal lagi sikap yang baik dan hormat pada wanita.
Share supaya lelaki tahu.
Leave a Reply