Baju Dalam Almari Berbau Hapak Boleh Ikut 5 Langkah Ini Untuk Mengelakkan Baju Daripada Berbau
Serius memang memalukan bila baju sedikit berbau. Mungkin orang sekeliling tidak perasan tetapi kita yang memakai baju itu kadang kala timbul perasaan seperti orang sedang menghidu dan memandang kita. Pernah tak?
Letih rasanya membasuh pakaian tetapi baunya lebih teruk dari sebelum dibasuh dan lagi teruk kalau baju yang kita letak dalam almari berbau mak datuk memang pening kepala. Bukak sahaja almari, hurmmm ada bau kurang menyenangkan singgah ke hidung. Dah tu nak buat apa? Ada ke tips nak pastikan baju dalam almari tidak hapak.
1. Serbuk Kopi
Tahukah anda serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi separuh ke dalam tin bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Sekali sebulan, tukar serbuk kopi tersebut untuk kekalkan kesegaran.
2. Sabun Buku
Pabila sebuku sabun terdedah pada suhu bilik, ia akan menghasilkan aroma manis yang anda boleh gunakan untuk jadikan bau pakaian lebih wangi. Pilih aroma sabun buku yang membuatkan anda selesa dan berasa nyaman. Letakkan lipatan baju di dalam kotak atau laci yang bertutup.
Kemudian letakkan satu lagi lapisan kain nipis seperti napkin di atas lipatan baju tersebut dan letakkan sabun buku tersebut di atas lipatan baju tersebut. Tutup kotak atau laci tersebut. Setelah lebih kurang empat jam, pakaian tersebut akan menyerap bau sabun tersebut.
3. Bebola Kapas dan Parfum
Parfum tidak akan menyingkir bau busuk atau hapak, tetapi ia benar boleh melindungi pakaian dari berbau. Sembur parfum haruman pilihan anda pada bebola kapas dan letakkan ia ke dalam almari pakaian.
4. Herba Dalam Uncang
Isi herba kesukaan anda ke dalam uncang kapas. Kami cadangkan bunga lavender atau serai. Tutup dan letakkannya ke dalam gerobok pakaian anda.
5. Semburan Kain
Anda boleh DIY sendiri dengan menggabungkan essential oil serta air untuk menjadikannya sebagai semburan kain. Atau mungkin anda boleh dapatkan semburan kain yang beraroma untuk mengharumkan bau pakaian anda.
Leave a Reply