Men1nggal Dunia Dalam Husnul Khatimah Atau Dalam Keadaan Baik Ini 10 Tandanya

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Men1nggal Dunia Dalam Husnul Khatimah Atau Dalam Keadaan Baik Ini 10 Tandanya

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya, sepertimana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk: 2)

Terdapat banyak hadith ada menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu mening gal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Terlebih dahulu, antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat husnul khatimah ialah ma ti dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia. Ini kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik kepadaNya, firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (Surah al-Nisa’: 48)

Justeru, antara tanda-tanda husnul khatimah ialah sesiapa yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia mening gal dunia. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga. Hadith riwayat Abu Daud: (3316)

Selain itu, terdapat tanda-tanda lain bagi kema tian yang baik (husnul khatimah) terbahagi kepada dari sudut masa, tempat dan keadaan. Antaranya ialah:

1. Ma ti pada hari atau malam Jumaat.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn ‘Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِن مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الجُمْعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الجُمْعَةِ إِلَّا وَقَّاه اللهُ فِتْنَةَ القَبْرِ

Maksudnya: Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fit nah ku bur. Hadith riwayat al-Tirmidzi: (1074)

2. Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Ini berdasarkan hadith yang telah disebutkan di atas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga. Hadith riwayat Abu Daud: (3116)

3. Mening gal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya.

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَوْتُ المُؤْمِنِ بِعَرْقِ الجَبِينِ

Maksudnya: Tanda kema tian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya. Hadith riwayat al-Tirmidzi: (982)

4. Dia diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia mening gal dunia.

Di dalam satu hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya,

“Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kema tiannya. Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)

5. Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT.

Di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

Maksudnya: Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya. Hadith riwayat Muslim: (2685)

6. Mening gal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.

وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang ma ti akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia ma ti dalam keadaan syahid.

Hadith riwayat Muslim: (1915)

7. Mening gal dunia dalam keadaan ma ti lemas, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT.

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: Orang yang ma ti syahid itu ada lima iaitu orang yang mening gal karena penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah.

Hadith riwayat al-Bukhari: (652)

8. Mening gal dunia dalam keadaan melahirkan anak.

قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ

Maksudnya: Seorang muslim yang terbv nuh dikira sebagai seorang syahid, kema tian akibat wa bak tavn juga dikira sebagai syahid, kema tian karena sakit perut, ma ti lemas dan seorang wanita yang mening gal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.

Hadith riwayat Ibn Kathir: (5869)

9. Mening gal dunia kerana mempertahanakan harta dan maruah dirinya.

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ” أَرَأَيْتَ إِنْ جَاءَ رَجُلٌ يُرِيدُ أَخْذَ مَالِي قَالَ : فَلَا تُعْطِهِ مَالَكَ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَاتَلَنِي قَالَ : قَاتِلْهُ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلَنِي قَالَ : فَأَنْتَ شَهِيدٌ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلْتُهُ قَالَ : هُوَ فِي النَّارِ

Maksudnya: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!”. “Bagaimana kalau dia mela wanku?”. Baginda SAW bersabda; “La wanlah dia!”. “Bagaimana kalau dia membv nuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid”. “Bagaimana kalau aku yang membvnuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di nera ka!”

Hadith riwayat Muslim: (140)

10. Mening gal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

مَنْ قَالَ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ ، خُتِمَ لَهُ بهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ تَصَدَّقَ بصَدَقَةٍ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ “

Maksudnya: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia mening gal dunia, maka dia akan masuk Syurga.”

Hadith riwayat Ahmad: (23372)

Berikut adalah antara tanda-tanda kema tian yang baik (husnul khatimah) yang terdapat dalam hadith-hadith Nabi SAW. Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT supaya kita dima tikan dalam keadaan husnul khatimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah SAW serta dalam kalangan orang yang soleh.

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: Ya Allah, ma tikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu ma tikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.

Amin. WaAllahu a’lam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*