Diri Terasa Terbeban Amalkan Doa Nabi Yunus Untuk Keluar Dari Kesempitan Hidup

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Diri Terasa Terbeban Amalkan Doa Nabi Yunus Untuk Keluar Dari Kesempitan Hidup

Dalam kehidupan setiap orang pasti akan terselit di dalam masalah yang tiada penyelesaian. Masalah-masalah sebegini boleh wujud untuk bertahun, malah mungkin seumur hidup.

Terdapat banyak masalah yang tiada jalan keluar. Mungkin tiada penyelesaian yang cepat. Kita selalu ingin hidup bahagia di dunia ini seolah-olah seperti di syurga, mempunyai kehidupan yang mudah, serta tidak mempunyai masalah

Hidup aman dan dijauhi sebarang perkara buruk. Tetapi keinginan kita untuk mengecap kebahagian sempurna dan sejati tidak akan menjadi kenyataan dalam kehidupan ini, kerana itu bukanlah tujuan hidup ini.

CARA KELUAR DARI KESULI TAN HIDUP

1.: Zikir atau doa Nabi Yunus

Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita: LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN. Baca lah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaa Allah dipermudahkan segala urusan.

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insya Allah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan si hir. Sesiapa yang susah hati, tekena buatan atau apa penyakit sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ni setiap masa.

Memang ajaib! Lepas baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan. Setelah beberapa saat, akhirnya ia kembali ke Ninawa dan mendapat kaum yang beriman.

Ia pun disambut umatnya yang berjumlah mencapai 100 ribu orang, dan umatnya mendapatkan kenikmatan yang luar biasa di waktu yang telah ditentukan.

Doa ini afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa daripada Allah SWT. Insya Allah, makbul. Kan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

2. Zikir-zikir yang boleh diamalkan untuk keluar dari masalah atau kesuli tan hidup

  • Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali.
  • Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nya wa.
  • Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari contoh bagi binatang makan, masuk duit kat tabung masjid atau sedekah rumah anak yatim atau tahfiz.

Jangan kedekut nak belanja orang makan. Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kecema san. Jangan belanja semua.

Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita. Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.

Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.

Semoga perkongsian tentang amalan doa Nabi Yunus di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua terutamanya untuk keluar dari kesulitan hidup. Jangan berputus asa sehingga kita mencapai kecemerlangan dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

Semoga berjaya. Dipersilakan Share.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*