Sebelum Melakukan Kerja Atau Berniaga Di Pagi Hari Baca Doa Ini Terlebih Dahulu

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Sebelum Melakukan Kerja Atau Berniaga Di Pagi Hari Baca Doa Ini Terlebih Dahulu

Sebelum memulakan kerja, tugas, berniaga, keluar rumah, buat sesuatu atau pun selepas solat, kita digalakkan membaca doa supaya kehidupan kita lebih baik dan diberkati selain memohon kepada Allah agar rezeki yang kita terima itu adalah daripada sumber yang halal. Bacalah doa ketika memulakan kerja sama ada di awal pagi atau sebaliknya.

“Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mulia yang menyintai orang yang memohon kemaafan, Ampunilah aku Ya Allah.”

“Aku memohon Keampunan kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan kecuali Dia yang Maha hidup dan Maha mendiri sendiri, Aku Bertaubat kepada-Nya.”

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan berikan Rahmat kepada kami.”

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang Halal (hingga aku terhindar) dari yang Haram. Kayakanlah aku dengan anugerahMu (hingga aku tidak meminta) kepada selainMu.”

Amin ya rabbal alamin.

Doa Ketika Mula Berkerja / Berniaga

Doa Ketika Habis Kerja

Semoga dengan panduan doa yang saya kongsikan di atas, kerja yang kita lakukan lebih berkat dan dirahmati olehNya.

Memulakan langkah di pagi hari dengan Surah Al-Fatihah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*