Kesan ‘Screen Time’ Kepada Anak Jika Pendedahan Terlalu Awal
Kebanyakan ibu bapa mengambil jalan mudah dengan memberikan anak-anak melihat telefon dalam jangka masa yang panjang walaupun ia terlalu awal. Kesan screen time yang berlebihan boleh mempengaruhi kesihatan fizikal anak-anak termasuklah mata mereka.
Selain itu, kesan screen time yang berlebihan juga akan menyebabkan anak-anak kurang bercakap kerana lebih tertumpu dengan v1deo atau games yang dilihat. Seorang doktor di mdia s0sial telah mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
KESAN SCREEN TIME KEPADA ANAK JIKA PENDEDAHAN TERLALU AWAL
Menurut Dr Zuraida, pada tahun 2018 satu kajian telah dilakukan yang mengaji kesan pendedahan skrin dan kaitan dengan masalah anak-anak yang ada ciri-ciri seperti Aut1sm.
Kajian tersebut mendapati:
1. Jika kanak-kanak di bawah usia tiga tahun didedahkan dengan skrin telefon kurang tiga jam, mereka akan mengalami masalah kurang tumpuan dan lambat bercakap.
2. Jika mereka didedahkan dengan skrin telefon lebih daripada tiga jam sehari, mereka didapati masalah lambat bercakap, kurang tumpuan dan juga hiperaktif.
Pendedahan skrin telefon perlulah dikawal oleh ibu bapa serta ada interaksi antara ibu bapa dan anak. Seperti contoh, memberitahu dan mengajar anak-anak apa yang berlaku. Bukanlah hanya membiarkan mereka melihat telefon secara sendirian sehinga berjam-jam.
“ILMU YANG BERMANFAAT,,”
Posting doktor tersebut sudah pasti dibanjiri komen ibu bapa yang turut menceritakan pengalaman masing-masing dan bersyukur dengan info yang dikongsi oleh Dr Zuraida.
Anak 2 tahun belum pandai bercakap
Sumber: TikTok Dr Zuraida
Leave a Reply