Doa Supaya Terhindar Dari Ditipu, Dikhianati Dan Dianiayai
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah..
Ibubapa yang mempunyai anak lelaki dan perempuan perlu mendoakan mereka supaya sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah SWT dari perkara-perkara yang buruk. Apabila anak sudah besar dan melanjutkan pelajaran di IPTA atau sudah bekerja. Ibubapa kenalah bertanyakan anak-anak, dengan siapa mereka berkawan? Jangan tersilap pilih kawan kerana banyak kes ro g0l, kes bv nuh dan kes aniaya yang tak terfikir boleh berlaku.
Yang paling risau bila gadis diro g0l kerana minum minuman yang dimasukkan pil kha yal. Bila sudah sedar sudah terlambat kerana da ra telah dira gut oleh lelaki lak nat yang berniat ja hat.
Wanita mudah ditipu terutama yang suka percaya orang asing yang baru dikenali. Bukan nak tuduh, tetapi sudah banyak kali dila porkan dalam akhbar tetapi tetap berlaku juga.
Kadang2 berlaku kepadg anak lelaki yang baik. Tersilap pilih kawan boleh merosak masa hadapan. Percaya sangat pada kawan akhirnya terjerat diri sendiri.
Bukan senang nak cari kawan baru yang boleh kita kenal hati budinya. Jika dari kecil sama-sama bersekolah tidak mengapa. Tapi yang baru berkawan, nampak luaran baik tapi dalam hati tidak siapa yang tahu.
Selalu berpesan kepada anak-anak yang berjauhan. Sentiasa mengamalkan ayatul kursi dan doa pelindung diri dari si hir/syai tan dll.
Doa ini boleh juga diamalkan selain dari ayatul kursi. Sangat baik jika dimulakan dengan ayatul kursi dan doa-doa berikut. Semuga dipelihara diri dari perkara-perkara yang buruk. “Sediakan payung sebelum hujan”.
InsyaAllah, sesiapa yang berniat ja hat kepada anda akan terhalang niatnya dan mungkin dibalas perbuatannya sebelum berlaku kepada kamu. Hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya dan memelihara hambaNya yang beriman dari niat ja hat orang-orang k4 fir lagi ja hat.
DOA SUPAYA DIJAUHKAN DIRI DARI NIAT JAHAT SESEORANG
Maksudnya:
Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal ja hat, maka mereka yang melakukan keja hatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.
DOA SUPAYA MENDAPAT KAWAN-KAWAN YANG BAIK
Maksudnya:
Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Sentiasa berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan. Allah adalah tempat kita meminta pertolongan.
Leave a Reply