“Balik Sebelum Maghrib” -Ini Sebab Kenapa Orang Tua Selalu Pesan Benda Ni

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

“Balik Sebelum Maghrib” -Ini Sebab Kenapa Orang Tua Selalu Pesan Benda Ni

Pesanan balik rumah sebelum maghrib sering disebut oleh ibu ayah kita. Mereka juga memesan agar menutup pintu dan tingkap sebelum maghrib menjengah. Kalau orang dulu-dulu, memang pantang kalau melihat masih ada lagi anak kecil atau orang ramai bermain di luar pada waktu maghrib.

Sebenarnya, ada sebab mengapa mereka terlalu menitikberatkan perkara ini. Ikuti perkongsian Ustazah Asma Harun yang telah mengulas lanjut tentang ‘balik rumah sebelum maghrib.’

SEBAB KENAPA ORANG TUA SELALU PESAN BALIK RUMAH SEBELUM MAGHRIB

Sebenarnya ungkapan mereka adalah berasas di dalam agama kita. Daripada Jabir r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syai tan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syai tan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” (HR al-Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

Daripada hadis ini, ada 3 pesanan yang Nabi Muhammad SAW ingin sampaikan kepada kita :

  • Tahanlah anak-anak ketika maghrib daripada berada di luar rumah.
  • Tutuplah pintu-pintu rumah.
  • Sebutlah nama Allah.

Subhanallah. Bukan sengaja ibu ayah kita dahulu berpesan. Pasti ada sebab dan alasannya.

Saya ingin kongsikan doa yang sangat bagus untuk diamalkan bagi mengelak daripada gangguan syai tan. Doa ini adalah petikan daripada Surah al -Mukminun ayat 97 dan 98.

رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ

Maksudnya : “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syai tan”.

وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ

Maksudnya : “Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku” (Surah al-Mukminun: 97-98)

Doa ini tidaklah terikat pada sesuatu masa untuk dibaca. Ia boleh diamalkan pada bila-bila masa agar dijauhi daripada syai tan.

Semoga kehidupan kita semua sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.

Sumber: Ustazah Asma Harun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*