Biar Poket Kering Daripada Tebal Dengan Duit Hak Orang Bayarlah Hutang Sikit-Sikit Jika Berhutang Jangan Sampai Menyesal
Hutang memang wajib dibayar. Hingga ke liang lahad hutang masih dituntut. Oleh sebab itu jika berhutang selesaikan terlebih dahulu, mak, ayah kena utamakan hutang berbanding keperluan lain.
Bayarlah hutang sikit-sikit, biar poket kering daripada tebal dengan duit hak orang. Kadang-kadang orang yang men4gih hutang bukan sebab membenci tetapi disebabkan sayang dia menuntut kembali wangnya. Kerana hutang boleh dibawa m4 t1.
Ikuti perkongsian pengamal undang-undang ini, Rabiatul Adawiyah Ramli dan fahami penjelasan tentang hutang:
Kesan Hutang Tak Diselesaikan
Tahukah anda kesan hutang yang tidak diselesaikan? Tahukah anda hutang ini boleh wujud dalam pelbagai keadaan dan manusia. Tahukah anda, suami juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang jika ada nafkah-nafkah yang tertunggak atau ada wang yang digunakan dari harta isteri dalam perkahwinan yang masih tidak diselesaikan.
Tahukah anda, isteri juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada suami dalam pelbagai hal dan perkara yang suami tidak redhai.
Tahukah anda ibu bapa juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada si anak jika tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Tahukah anda anak-anak juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada ibu bapanya sekiranya mengabaikan tanggungjawab dalam membahagiakan mereka.
Bayarlah Hutang Sikit-Sikit
Tahukah anda bekas suami dan bekas isteri juga boleh tergolong dalam kategori orang yang berhutang jika pihak-pihak masih dalam pertikaian di mahkamah untuk mendapatkan hak-hak yang sewajarnya.
Tahukah anda yang sesiapa sahaja boleh tergolong dalam orang yang berhutang selagi ada pihak yang menuntut. Tahukah anda orang yang telah mening gal du nia juga masih dianggap berhutang jika harta-hartanya masih belum diselesaikan segala hutang dan ia tidak boleh difaraidkan. Tahukah anda harta sepencarian juga termasuk dalam kategori hutang dan pelbagai lagi.
Biar Poket Kering Daripada Tebal Dengan Duit Hak Orang
Tahukah anda hutang itu wajib dibayar bukan sahaja semasa hidup, semasa m4 ti juga wajib dilunaskan. Bayarlah hutang sikit-sikit, biar poket kering asalkan hutang bayar.
Poket tebal pun tak ada guna kalau semuanya tertulis hak orang lain. Moga-moga Allah mudahkan urusan kita semua dalam menyelesaikan hutang di dunia agar tidak terganggu di akhirat sana.
Leave a Reply