Inilah 5 Perkara Yang Perlu Kita Sembunyikan Daripada Orang Lain Tak Perlu Menunjuk Pun

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Inilah 5 Perkara Yang Perlu Kita Sembunyikan Daripada Orang Lain Tak Perlu Menunjuk Pun

Perasan tak, kalau kita gembira atau dapat hadiah daripada yang tersayang, mahu rasanya mahu diberitahu semua orang. Ini bukan untuk menunjuk pun tetapi meluahkan rasa gembira dan seronok. Tapi kalau sedih, mesti diam seribu bahasa. Kadang-kadang, ada perkara yang tidak perlukan diberitahu semua orang.

Dalam keadaan sekarang ini, mdia s0sial menjadi tempat untuk kita meluahkan apa yang tersirat dan tersurat. Niat kita untuk berkongsi tetapi mungkin ada orang yang membaca tidak senang dengan apa yang kita buat itu.

Bukan niat untuk menunjuk pun tapi kita tak tahu hati masing-masing. Mungkin ada yang suka dan ada yang tak suka. Jadi, daripada orang mengata tak tentu pasal, adalah lebih elok kita tidak menghebohkan apa kita ada.

Perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Ada beberapa perkara yang perlu kita sembunyikan dan tak perlulah menunjuk pun. Bimbang ada yang tidak senang dengan apa yang ada.

Tak Perlu Menunjuk Pun

Zaman teknologi sekarang membuatkan lebih ramai da mudah untuk orang mengekspresikan apa yang mereka ada di mdia s0sial, tidak kiralah IG, Story, FB, Twitter dan sebagainya.

Memang tak ada salah, cuma kadang-kadang keadaan ini akan menimbulkan salah faham, mungkin boleh jadi umpatan, gosip atau bualan orang lain. Jadi, ada beberapa tuntutan yang disarankan dalam Islam agar sembunyikan beberapa perkara daripada orang lain.

1. Kebaikan

Amalan yang paling Allah sukai ialah kebaikan yang disembunyikan daripada banyak orang kerana apa yang kita lakukan ini hanya allah saja tahu kebaikan yang kita buat, bukan orang lain. Bimbang jatuh riak.

2. Masalah

Terutamanya masalah peribadi, sebolehnya janganlah diwar-warkan kepada umum kerana ia boleh memberi banyak mudarat. Luahan di mdia s0sial ini bukan boleh menyelesaikan masalah tetapi boleh menambahkan lagi masalah, kalau tidak kena dengan caranya. Boleh saja kita berkongsi tetapi biarlah pada orang yang betul dan mampu memberikan kita solusi kepada masalah yang kita hadapi.

3. Penyakit

Contohnya, kalau ada penyakit atau masalah kesihatan, tidak perlulah di warkan melainkan masalah-masalah umum yang turut dilalui oleh orang lain.

4. Dosa

Selain Allah meminta kita menyembunyikan amalan, Dia juga meminta kita untuk menyembunyikan dosa-dosa kita. Apa yang berlaku biarkan ia berlalu, apa yang penting kita harus berubah kepada yang lebih baik.

5. Aib

Jangan sesekali kita menyebarkan aib diri sendiri atau orang lain.

Jadi, tak perlulah kita menjadikan m3dia so0sial atau orang lain sebagai tempat untuk meluahkan atau meminta. Sebaliknya, hanya kepada Dia saja tempat untuk kita berlindung dan berserah.

Sumber: Belajar Soleha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*