
Apabila Hati Sedih Tak Tenang Bacalah Surah Ghafir Ayat 44 Berulang Kali
Kehidupan ini tidak selamanya indah, senang dan duka datang silih berganti. Mereka yang menyedari hakikat itu, memantapkan hati untuk menilai kehidupan di dunia ini. Allah SWT berfirman bermaksud: “Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya, ayat 35)
Senang dan dvka adalah sunatullah yang pasti mewarnai kehidupan ini. Tidak ada seorang manusia pun yang terus berasa senang dan tidak pula terus berada dalam duka serta kesedihan. Semuanya merasakan senang dan duka datang silih berganti.
Jangankan kita, generasi terbaik umat ini, wali Allah SWT, sahabat Nabi SAW pun pernah dirundung kesedihan. Ingatlah firman Allah SWT bermaksud: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” (Surah at-Taubah, ayat 40)
Bersedih tunjuk kelemahan diri
Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat tidak memiliki sifat sabar yang tinggi, tidak menerima takdir serta menunjukkan kelemahan diri. Kata-kata seperti ‘kalau’ atau ‘seandainya’ apabila berdepan kesedihan dan kecewa terhadap takdir adalah ditegah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hai orang beriman, janganlah kamu seperti orang k4 fir (orang muna fik) itu, yang mengatakan kepada saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berpe rang: Jika mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibv nuh. Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam di hati mereka.” (Surah Ali-Imran, ayat 156)
Sesungguhnya tiada tempat mengelak takdir yang telah ditentukan. Satu-satunya jalan adalah beriman kepada takdir Allah SWT kerana takdir pasti akan berlaku. Kita sebagai makhluk Allah SWT yang kerdil harus percaya dan meyakini setiap takdir yang ditentukan pastinya ada sebab.
Contohilah liku kehidupan dan keperitan dialami Nabi Muhammad SAW. Baginda juga bersedih saat ditinggalkan orang dicintai. Namun, Baginda SAW tidak berlebihan ketika bersedih, sebaliknya Baginda bangkit dan kembali berjvang.
Malangnya, ada antara kita mengalami sindrom suka memanjangkan kesedihan, seakan-akan Allah SWT yang menjadi tempat untuk kita memohon rahmat daripada-Nya, tidak wujud.
Jadi seorang mak-mak dan isteri bukannya mudah. Tanggungjawabnya cukup besar demi memastikan anak-anak dijaga sempurna dan suami dilayan sebaiknya. Adakalanya ketika ujian dan masalah datang melanda, rasa tak mampu untuk melakukan semua perkara. Ia membuatkan hati rasa sedih, jiwa merintih dan penuh keluh kesah. Apatah lagi jika diri dihimpit dengan masalah kesempitan hidup, dugaan dengan sikap suami mahupun anak-anak.
Surah Ghafir Ayat 44
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berdoalah bersunguh-sungguh. Minta kepada Allah dengan sepenuh hati agar segala kesusahan, kerisauan, kesedihan dan segala masalah dapat diselesaikan.Pujuk hati agar tenang atasi segala kekacauan jiwa tersebut dengan amalan baca Surah Ghafir ayat ke 44 ini.
Menurut Ustazah Asma Harun, apabila diuji sesuatu yang tidak dapat ditanggung menyebabkan hati tidak tenang bacalah ayat ini berulang kali sehingga hati benar-benar lapang. Sehingga sampai tahap walaupun dalam keadaan hati sedih dan terluka namun tetap boleh senyum dan bahagia, kerana menyerahkan bulat-bulat segala urusan kita kepada Allah.
Potongan doa daripada ayat Quran ini dikongsikan oleh pendakwah bebas Ustazah Asma’Harun dalam Muhayya Telekung Talk yang dianjurkan Prof Dr Muhaya didalam Instagram beliau. Mak-mak boleh amalkan baca doa ini setiap kali selepas mengerjakan solat, mahupun dibaca setiap kali ketika sujud di dalam solat.
Leave a Reply