Ini Sebabnya Nak Tahu Kenapa Kita Baca “Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim” Berulang Kali Dalam Surah Yasin

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Ini Sebabnya Nak Tahu Kenapa Kita Baca “Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim” Berulang Kali Dalam Surah Yasin

Kita sering mengikuti majlis bacaan yaasin samada di masjid atau surau. Ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sewaktu kita membaca sendiri di rumah kerana ada ayat yang dibaca berulang kali sedangkan di rumah kita hanya baca sekali. Mungkin disebabkan kita sendiri tidak mengetahui tentang rahsia ayat 58 dalam surah yaasin.

Kepada sesiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik. Insyaa-Allah dengan izinnya Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua atau sebahagian hajat kita akan dikabulkan.

Baca dan bunyinya begini:

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’

Anda bolehlah niatkan seperti berikut:

1. YA-ALLAH YA-RAHIM

Ampunkan dosa-dosaku, dosa saudara-maraku dan dosa kaum muslimin yang lain.

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN

Kurniakan kepadaku isteri atau suami serta anak-anak yang soleh / solehah dan mencintai agamaMu Ya Allah.

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK

Kurniakan kepadaku rezeki yang berkat, pekerjaan yang baik serta kejayaan didunia dan akhirat.

4. YA-ALLAH YA-JABBAR

Makbulkan segala hajatku dan juga pemberi maklumat yang aku perlehi ini.

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR

Jauhkan aku dari sifat hasad dengki, khianat dan munafiq.

6. YA-ALLAH YA-WADUUD

Kurniakan aku dan seluruh umat islam yang beriman dengan kesihatan zahir dan batin.

7. YA-ALLAH YA-ZALJALAA LIWAL IKRAM

Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Surah Yaasin booeh dibaca beramai-ramai atau sendirian.

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan ilmu atau pengetahuan dakwah ini kepada keluarga, saudara mara, sahabat anda dan sesiapa sahaja seramai yang boleh dengan apa cara sekalipun. Zaman serba moden ini, kita mampu menyampaikan apa yang kita tahu hanya melalui hujung jari kita.

Allahumma Ya ALLAH, tanamkan di hati kami perasaan senantiasa rindu kepada-Mu, sentiasa ingatkan kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hambaMu tidak tertipu dengan nikmat dunia yang sementara ini.

Ya ALLAH, Ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah supaya tetap berada dijalan-Mu hingga ke akhir hayat kami. Aamiin Ya Rabbal’alamin.

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami dan berikanlah kami hidayah-Mu supaya kami sentiasa dekat kepada-Mu hingga ke akhir hayat.

Aamiin Ya Rabbal A’alamin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*