Untuk Yang Kerap Migrain Amalkan Petua Rawatan Secara Islam Untuk Sakit Kepala
Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala. Assalamualaikum dan salam sejahtera, rasanya dalam masyarakat kita, penyakit ini bukan lagi perkara yang janggal kerana sera ngan seolah-olah denyutan pada bahagian kepala ni boleh menye rang kepada sesiapa sahaja, lebih parah lagi kalau seseorang itu ada migrain.. memang parah!
MIGRAIN bukanlah penyakit yang mengan cam nya wa tetapi cukup untuk membuatkan aktiviti seharian terganggu. Satu dari tujuh orang mengalami sakit kepala akibat migrain setiap hari.
Berbeza dengan migrain, sakit kepala biasanya berlaku kerana stres dan rasa tak selesa di kedua-dua belah kepala selain tidak disertai rasa mual, muntah, atau tidak sensitif terhadap cahaya dan suara.
Sejarah keluarga menjadi faktor risi ko paling kuat dan konsisten untuk migrain, peluangnya meningkat dua hingga tiga kali ganda dalam kalangan saudara mara yang mempunyai migrain. Manakala sejarah sakit kepala keluarga tidak mempunyai sebarang perkaitan.
Bagi sebahagian pesakit, migrain tercetus akibat beberapa punca spesifik, sedangkan sakit kepala biasa tidak! Selain itu, migrain memerlukan rawatan dan pengurusan khusus sedangkan sakit kepala biasa dapat dikendalikan dengan mengubah gaya hidup dan beberapa ubat penghilang rasa sakit.
5 cara rawat migrain secara semulajadi
- Jika dapat dikenal pasti puncanya, elakkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan migrain.
- Sentiasa bersenam dan meditasi serta amalkan gaya hidup sihat.
- Tidur malam yang mencukupi. Disarankan 7-8 jam.
- Elakkan aIko hol, r0 kok dan d4 dah.
- Elakkan melakukan aktiviti berat.
Tapi tahukah anda, setiap penyakit ada penawarnya jika kita berikhtiar.
Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala:
- Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
- Baca Ayatul Kursi (3 kali)
- Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
- Baca Surah Al-Falaq (1kali)
- Baca Surah An-Nas (1kali)
- Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
- Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)
Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit. Jangan lupa sebarkan ilmu ini kepara kawan-kawan lain semoga bermanfaat kepada kita semua. InsyaAllah
Leave a Reply