Amalkan Surah Al-Mulk Sebelum Tidur 3 Manfaat Besar Yang Diperoleh

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Amalkan Surah Al-Mulk Sebelum Tidur 3 Manfaat Besar Yang Diperoleh

Tiada penawar yang terbaik melainkan amalan membaca Al-Quran. Hati kosong, tidak tenteram, sakit atau apa sekalipun yang kamu hadapi, bacalah Al-Quran kerana itu menjanjikan kebahagian dunia dan akhirat! Hati orang yang membaca Al-Quran akan sentiasa tenang, dijauhi daripada bisikan syaitan serta dirinya turut dihormati.

Hari ini kami ingin kongsikan amalan Surah Al-Mulk. Kita biasa dengar kehebatan ayat ini dan kenapa sebaiknya kita perlu menghafaznya.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah Al-Mulk”.

Orang yang sentiasa mengamalkan Surah Al-Mulk akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.

Amalan Surah Al-Mulk secara harian menjanjikan kelebihan seperti berikut;

1. Penyelamat Sksaan Ku bur

Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam ku burnya. Bila az4b hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”

2. Nak Wajah Cantik Berseri

Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan Surah Al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf.”

Ulama berkata: “Sesungguhnya Yasin dan Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

3. Hati Lebih Tenang Dan Beriman

Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.”(iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca Al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

Mari sama-sama kita membaca Al-Quran walaupun setakat satu muka surat selepas menunaikan solat fardhu. Perlahan-lahan kayuh Insyallah kamu akan diberkati.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*