10 Perkara Ini Kena Tahu Sebelum Melawat Rakan Baru Bersalin

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

10 Perkara Ini Kena Tahu Sebelum Melawat Rakan Baru Bersalin

Bila dengar rakan baru bersalin kita memang teruja nak pergi melawat. Tapi perlu diingat juga bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jang kitan ku man dari orang dewasa yang melawat mereka.

Oleh itu jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.

Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jang kitan ku man.

Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa ku man berba haya.

Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad ada 10 pantang larang yang perlu mereka tahu dan ikut demi kebaikan si kecil.

1. Jangan cium bayi

Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menye barkan vrvs kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.

2. Jangan sentuh bayi

Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan vrvs kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi?

3. Jangan ikut kalau tak sihat

Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.

4. Jangan lama-lama bila melawat

Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.

5. Jangan datang tiba-tiba

Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana si ibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.

6. Bersihkan diri

Cuci tangan atau gunakan ‘hand s4n1ti2er’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risi ko jang kitan ku man sebab kebanyak jang kitan ku man adalah melalui sentuhan.

7. Elak guruan sensitif

Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Siibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.

8. Jangan wangi sangat

Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.

9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur

Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.

10. Doakan dan hulurkan sumbangan

Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan si ibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*