Subhanallah, Doa Secara Diam-Diam Tetapi Dimakbulkan Allah.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Subhanallah, Doa Secara Diam-Diam Tetapi Dimakbulkan Allah.

Apabila ada antara kenalan atau saudara mara yang ingin menunaikan umrah atau haji, biasanya akan ada yang akan mengirim doa untuk dipohon di tanah suci.

Bukan kerana tidak boleh memohon doa sendiri kepada Allah, walhal kita tahu bahawa antara seorang hamba dan Allah itu tidak ada penghalang mahupun pengantara – tetapi kerana kita tahu bahawa mereka yang pergi menunaikan ibadah ke sana adalah orang yang sedang menyucikan diri – sedangkan Allah tidak memustajabkan doa daripada hati yang lalai dan alpa.

Tambahan pula, tanah suci adalah tanah istimewa yang dimuliakan malah setiap ibadah yang dilakukan di sana pula diberi ganjaran berlipat kali ganda.

Hal ini pernah dilakukan oleh Ummu Darda’ yang merupakan isteri kepada seorang sahabat nabi yang soleh. Beliau pernah meminta supaya didoakan kebaikan untuknya sekeluarga.

Daripada Abu al-Zubayr dari Safwan, iaitu anak ‘Abd Allāh b. Safwān, isterinya bernama al-Dardā’, katanya: “Saya datang ke Sham dan mendatangi Abū al-Dardā’ di rumahnya. Tapi saya tidak menemuinya. Saya bertemu dengan Umm al-Dardā’. Lalu dia bertanya: “Apakah kamu akan pergi menunaikan haji pada tahun ini”. Saya jawab: “Ya”.

Ummu Darda’ berkata; ‘Mohonkanlah kepada Allah kebaikan untuk kami, kerana Rasulullah SAW telah bersabda: ‘Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim dari kejauhan tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus, dan setiap kali ia berdoa untuk kebaikan, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan ‘Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu. (HR Muslim, no.4914 – Status Hadis Sahih

Daripada Hadis Di Atas, Kita Dapat Mempelajari Beberapa Perkara Iaitu:

  • Boleh mengirim doa kepada seseorang yang ingin ke tanah suci untuk menunaikan haji atau umrah.
  • Doa seorang Muslim buat saudaranya yang lain dalam keadaan rahsia adalah mustajab dan dikabulkan.
  • Malaikat akan turut mengaminkan doa seorang Muslim buat saudaranya yang lain, malah akan didoakan juga dengan doa yang sama.

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abu Ad Darda’ dia berkata; “Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: ‘Dan bagimu kebaikan yang sama.’ (HR Muslim, no. 4912)

Kita mungkin tidak dapat selalu berjumpa dengan sahabat mahupun saudara yang kita kasihi lantaran jarah yang jauh, justeru hadiah yang paling istimewa yang mampu diberikan ialah doa yang ikhlas buat mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*