Masjid Mesra Alam Tidak Menggunakan Elektrik Sangat Cantik

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Masjid Mesra Alam Tidak Menggunakan Elektrik Sangat Cantik

Sebuah masjid yang baru di bina di sekiat kawasan Cambridge telah menarik perhatian orang ramai akan binaannya. Bukan sahaja kerana keseniannya yang unik dan moden namun ia lebih berkonsepkan mesra alam.

Masjid yang dikenali sebagai Masjid Cambridge ini juga tidak menggunakan elektrik kerana terdapat panel solar. Manakala sumber cahaya pula diperoleh melalui cahaya matahari dan air juga dikitar semula.

Pembinaan masjid telah menjadi simbolik perkembangan agama Islam sejak berkurun lamanya. Ia menjadi tempat bagi umat Islam melakukan pelbagai aktiviti keagamaan dan keilmuan.

Sebuah lagi masjid telah dibina di kawasan Cambridge dikelola oleh Cambridge Mosque Trust. Menariknya, masjid ini merupakan masjid pertama di Cambridge yang menggunakan konsep mesra alam serta mengutamakan penggunaan tenaga daripada alam sekitar.

Kata Tim Winter, pengarah bagi Cambridge Mosque Trust berkata bahawa, peradaban Islam telah lama menekankan tentang konsep mesra alam serta menolak adanya pembaziran dalam pembinaan masjid.

Bangunan masjid ini direka oleh Marks Barfield, arkitek terkenal yang merupakan salah seorang tulang belakang bagi rekaan London Eye dan Kew Treetop Walkway.

Bangunan tersebut mempunyai sistem penebat haba yang baik. Suhu pula akan dioptimumkan dengan bantuan sistem pemanasan dan penyejukan menggunakan teknologi pengawalan tenaga yang efisien. Tenaga elektrik untuk kegunaan masjid tersebut diperoleh daripada pam haba bawah tanah.

Projek yang memakan belanja sebanyak £13 juta ini mampu menampung 1000 orang pengguna dalam satu-satu masa. Ia dilengkapi bumbung yang telus cahaya, kantin, ruang mengajar dan juga bilik mesyuarat untuk kegunaan pengunjung masjid sama ada Muslim atau bukan Muslim.

Masjid ini mempunyai ruang yang luas untuk meletakkan basikal dan mudah untuk diakses dengan hanya berjalan kaki. Untuk memasuki ruang masjid, pengunjung akan berjalan melalui taman hijau terbuka.

Hari ini masjid tersebut pertama kalinya menerima kunjungan penduduk Cambridge ketika solat Jumaat sebagai simbolik kepada majlis pra pembukaan masjid tersebut.

Masjid yang telah dibina dari tahun 2016 ini dilaporkan hampir siap sepenuhnya dan akan dibuka tidak lama lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*