Jangan Panik Tayar Tiba-Tiba Pecah Ketika Memandu Ini Langkah Yang Perlu Anda Buat
Majoriti daripada kita menggunakan kereta untuk bergerak ke mana-mana, terutamanya untuk perjalanan yang memakan masa berjam-jam. Contohnya ingin pulang beraya ke kampung, menghadiri jemputan majlis perkahwinan sanak saudara ataupun sekadar keluar dari kota untuk menenangkan fikiran. Paling tidak, untuk ke tempat kerja pun kita gemar menggunakan kereta.
Jadi dengan tempoh masa yang lama kita berada di dalam kereta dan di atas jalan raya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Minyak habis, kereta berhenti secara mengejut, kem4langan ataupun tayar mele tup. Bukan meminta, tapi itulah risi ko yang harus kita faham dan cuba membuat persedian dari awal. Kali ini kami ingin kongsikan 7 perkara yang anda perlu buat apabila tayar kereta yang sedang anda pandu pecah secara tiba-tiba.
1. KAWAL DIRI DARIPADA MENEKAN PEDAL MINYAK
Ketika tayar meletup, kita akan menjadi panik dengan kejadian berlaku secara tiba-tiba. Disebabkan itu tips pertama ini sukar dilakukan, namun sebenarnya ia amat penting untuk seseorang pemandu cuba bertenang dan mengelak dari terus menekan pendikit. Apabila tayar mele tup, kereta anda akan bergerak seolah-olah ingin membelok, tetapi sebenarnya kereta masih lagi berada dalam keadaan seimbang dan stabil.
Apabila tayar sudah terkunci (tidak boleh membelok) anda sudah kehilangan kawalan ke atas kenderaan anda sendiri. Kereta akan bergerak mengikut hu kum fizik, terhuyung – hayang berbanding arah yang kita mahukan. Bayangkan jika anda terus menekan minyak ketika itu. Tayar yang terkunci juga boleh meningkatkan keberangkalian kereta untuk terbalik dan berpusing. Jadi, bersedialah.
2. BOLEH MENEKAN PEDAL BREK, TETAPI TIDAK SECARA AGRESIF
Ingat tips pertama, KAWAL DIRI. Anda harus mengawal diri anda daripada menekan pedal brek secara mengejut. Dengan keadaan tayar kereta yang sudah terkunci dan kereta yang sedang terhuyung-hayang, anda masih boleh membrek, namun ada kaedahnya. Ingat, anda harus membrek dengan kaedah seolah-olah anda sedang mengepam, tekan dan lepas. Begitu juga dengan brek kereta, tekan dan lepas hingga kereta anda semakin perlahan dan berada dalam kelajuan yang mampu dikawal.
Kenapa tidak boleh brek secara mengejut? Anda harus ingat, nisbah brek antara roda hadapan dengan belakang adalah tidak sama, malah anda mungkin tidak tahu tayar mana yang sedang pecah.
Tindakan brek secara mengejut boleh menambah risi ko untuk kereta anda berpusing lebih teruk dan merosakkan sistem brek kereta anda.
Tips ini mungkin boleh diabaikan bagi pemilik kenderaan yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), namun TIDAK bagi mereka yang sebaliknya. Membrek secara mengejut ibarat menendang bola sekuat hati, cuba anda tahan bola tersebut secara mengejut. Pasti ada kesan pada bola dan anda yang menahan. Bayangkan jika bola itu adalah kereta anda yang ditahan secara mengejut, dan impak kepada anda yang berada di dalam kereta.
3. MEMBETULKAN STERENG KENDERAAN ANDA SECARA LEMBUT
Semua pemandu pasti tahu bahawa roda stereng adalah kompenen utama dalam kenderaan yang mengawal arah pergerakan tayar. Logiknya, tayar kereta akan patuh dengan input yang anda berikan kepada stereng ketika memandu. Jadi, memang normal jika kita cuba mengawal kereta yang sedang terhuyung hayang dengan memulas stereng, namun apa yang anda perlu tahu, dalam situasi tayar pecah, logik itu telah BERUBAH.
Ketika anda mahu membelok ke kiri, kereta mungkin akan ke kanan dan sebaliknya atau anda hanya memulas stereng sedikit, tetapi kereta membelok secara berlebihan. Situasi ini terjadi jika kita mengambil contoh tayar depan sebelah kanan kereta yang pecah, kenderaan akan cenderung untuk ke kanan walaupun stereng tidak dipulas ke kanan kerena nisbah berat sudah tidak seimbang dan berat kenderaan akan tertumpu pada roda yang pecah itu.
Jadi, cuba pulas stereng kereta anda secara berlawanan dengan arah kenderaan anda sedang bergerak. Secara lembut dan jangan pulas habis.
4. RENDAHKAN GEAR DAN GUNA BREK ENJIN
Pernah main game Need For Speed, tak kira lah siri yang mana pun? Jika anda perasan di dalam permainan tersebut, ketika anda memecut dan berada dalam gear tinggi, anda sampai di kawasan selekoh tajam dan cuba membelok secara mengejut tanpa merendahkan gear, sekadar menekan brek untuk memperlahankan kenderaan. Kenderaan anda pasti akan terbalik dan berpusng-pusing.
Begitu jugalah dengan situasi sebenar di jalan raya. Jadi, jika anda menggunakan kereta gear auto, anda harus menukar gear anda dari D4 kepada D3 dan D2. Jika anda menggunakan gear manual, tukar kepad gear rendah tanpa menekan kluc, YA TANPA MENEKAN KLUC. Kaedah ini dipanggil sebagai Kaedah Pembrekkan Enjin, ia efektif dan selamat untuk memperlahan kenderaan anda.
5. KEKALKAN KENDERAAN ANDA DALAM LALUAN
Anda perlu memastikan kenderaan anda berada dalam laluan yang sepatutnya. Ini amat penting bagi mengelak kem4langan yang lebih serius misalnya terba bas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan lain.
Paling utama, jangan sesekali cuba memberhentikan kenderaan anda dengan cara merapatkan kenderaan ke pembahagi jalan dan melang gar tembok atau pokok dengan sengaja. Bayangkan jika anda dalam kelajuan tinggi, tindakan tersebut hanyalah menjemput m4 ut.
Jika anda berjaya melakukan tindakan di atas, kebiasaannya kenderaan anda sudah pun berada di dalam kawalan. Seterusnya anda hendaklah mencari kawasan lapang untuk berhenti dan menukar tayar.
6. NYALAKAN LAMPU AMARAN (HAZARD LIGHT)
Bukan ketika anda masih dalam situasi cemas ketika kenderaan terhuyung-hayang, tetapi ketika kereta anda sudah pun berhenti di tepi jalan. Anda tidak perlu menjadikan situsi lebih sukar dan menarik perhatian pemandu lain dengan lampu amaran walaupun situasi tersebut belaku di atas jalan raya.
7. BERHATI-HATI KETIKA BERADA DI LORONG KECE MASAN
Jika anda tiada pilihan untuk berhenti melainkan di lorong kecema san, anda wajib memasang lampu kecema san, menggunakan lampu kelip atau memakai baju pemantul cahaya, bagi memudahkan kenderaan lain melihat kereta dan diri anda. Jika ada segi tiga reflektif, letakkan di belakang kereta pada jarak 45 meter dari kenderaan. 45 METER, BUKAN JARAK 2 3 LANGKAH. Itu sangat membaha yakan.
Jika anda sendiri yang menukar tayar, pastikan anda boleh dilihat oleh pemandu lain. Jika boleh, hubungi Peronda Jalan Raya seperti Peronda PLUS untuk mendapatkan bantuan yang lebih sempurna, terutama bagi mereka yang tidak tahu prosedur menukar tayar.
Sumber : Pandu Laju
Leave a Reply