Dosa Anak Perempuan Benarkah Bapa Kena Tanggung 

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Dosa Anak Perempuan Benarkah Bapa Kena Tanggung

Suami atau bapa mempunyai peranan yang besar dalam sesebuah rumah tangga dan bukan sekadar mencari rezeki serta memenuhi keperluan ahli keluarga.

Sebagai seorang ketua keluarga, tanggungjawab, amanah dan didikan yang baik mesti diambil berat lelaki dalam menggalas tugas rumah tangga, selain menjaga ahli keluarga mereka daripada api nera ka.

Firman Allah SWT ada menyebut;

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari nera ka yang bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).” (Surah At-Tahrim, 66:6)

Dalil ini menyuruh setiap dari kita yang beriman dan percaya kepada Allah agar menjauhi diri kita daripada perkara-perkara yang memudaratkan serta menjaga ahli keluarga daripada melakukan perkara mungkar.

Namun, pelbagai persoalan timbul seperti adakah bapa dikira menanggung dosa anak-anaknya terutama anak perempuan?

Ketahuilah setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga ahli keluarga daripada ditimpa kemudaratan seperti jika anak melakukan kesilapan, bapa perlu menegur anak-anaknya sehabis baik.

Namun, berkenaan dosa yang dilakukan, ia ditanggung oleh diri sendiri. Hal ini adalah berdasarkan kalam Allah yang bermaksud:

“Dan tiadalah (kejaha tan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya, dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).” (Surah Al-An’am, 6:164)

Justeru, dosa individu hanya ditanggung oleh insan tersebut sendiri dan tidak akan ditanggung oleh orang lain.

Bapa tidak menanggung dosa anak perempuannya atau anak-anak yang lain tetapi bapa hanya menanggung dosanya sendiri yang tidak menegur atau mendidik ahli keluarganya dengan baik.

Sumber: tzkrh / Mufti Wilayah Persekutuan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*