Amalan Sunat Sangat Digalakkan Walau Tidak Boleh Tunaikan Solat Jumaat

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Amalan Sunat Sangat Digalakkan Walau Tidak Boleh Tunaikan Solat Jumaat

Pasti ramai tertanya-tanya, adakah amalan sunat pada hari Jumaat masih dibuat jika solat Jumaat tidak boleh dilaksanakan disebabkan cvidl9?

Ketahuilah terdapat fatwa daripada institusi fatwa antarabangsa pelbagai negara yang memutuskan untuk menangguhkan solat Jumaat dan solat berjemaah tetapi masih terdapat amalan sunat Jumaat, jika sekiranya solat Jumaat ditangguhkan?

Berikut adalah penjelasannya;

Pertamanya, Allah SWT memberi ganjaran sesuatu amalan berdasarkan kepada niat seseorang. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan Saidina Umar al-Khattab RA, bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya setiap perbuatan berdasarkan kepada niat dan setiap orang itu diganjari berdasarkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya dilakukan kerana Allah SWT dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu untuk Allah SWT dan rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah untuk apa yang dihijrahkan kepadanya.”  (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 6689)

Kedua, amalan sunat hari Jumaat adalah mengikut kemuliaan hari tersebut, iaitu hari Jumaat dan bukannya berkaitan ibadat di dalamnya seperti solat Jumaat.

Jadi, amalan di hari Jumaat masih lagi sunat untuk diamalkan seperti membaca surah al-Kahfi, mandi sunat Jumaat, memenuhi hari dengan ibadah, memakai pakaian putih dan wangian.

Sumber: Denai Hati

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*