Cara Betul Tanam Kucai Dalam Kotak Polistrin Jika Kawasan Tanah Terhad.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Cara Betul Tanam Kucai Dalam Kotak Polistrin Jika Kawasan Tanah Terhad.

Memang beruntung bila suka berbudi pada tanah dan bercucuk tanam ni. Malah lebih puas hati apabila tanaman yang disemai mengeluarkan hasil. Namun lumrah tinggal di bandar, mempunyai kawasan yang terhad. Terpaksa tanam di anjung rumah, dalam pasu, kotak polistrin dan sebagainya berbanding memiliki tanah luas, yang boleh tanam macam-macam.

Jika mak-mak berhasrat untuk tanam daun kucai atau sayuran-sayuran lain boleh cuba tanam dalam kotak polistrin. Namun ada caranya tanam menggunakan medium ini. Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Ramli Ahmad sebagai panduan. Ia lebih menjimatkan, tahan lama serta senang diuruskan.

Kelebihan Kotak Polistrin

Menanam kucai atau sayuran lain dalam kotak polistrin mempunyai beberapa kelebihan. Ianya sangat murah, malah boleh dapat percuma, tahan lama, selamat, ringan dan senang diuruskan penjagaannya.

Di Mana Boleh Dapat?

Boleh didapati secara percuma sahaja dari pasar atau dari pihak yang menggunakannya. Biasanya kotak ini dibuang oleh peniaga kerana kotak ini jenis pakai buang. Pilih kotak yang masih elok dan saiz yang sesuai. Kotak yang baru juga boleh dibeli dari kedai. Kotak baru yang besar boleh dipotong dua bagi menjimatkan kos. Saya suka guna yang free, banyak dipasar borong, pilih sahaja mana yang mahu.

Tebuk Lubang

Kotak mestilah ditebuk lubang pada bahagian bawah kotak bagi mengelakkan air bertakung. Boleh ditebuk 2 atau 3 lubang dengan saiz sekitar 3cmx5cm.

Potong/ Buang sedikit bahagian atas dan buat lubang.

Mengisi Media Tanaman

Letakkan kotak ditempat yang sesuai yang telah dikenalpasti terlebih dahulu. Kucai perlukan cahaya matahari yang banyak. Kotak ini akan jadi berat setelah diisi medium tanaman nanti dan mungkin susah untuk dipindahkan.

Siap untuk diguna. Yang bawah tu dah siap diisi media tanaman.

Masukkan media tanaman yang subur dalam kotak hingga hampir memenuhi kotak. Media tanaman biasanya terdiri dari top soil, kompos dan baja organik. Media campuran lain juga boleh digunakan asalkan subur. Biarkan selama kira-kira 1 minggu sebelum menanam kucai atau apa-apa sayuran.

Panduan ringkas paras menanam benih ubi kucai.

Kucai yang dah tumbuh subur dalam kotak polistrin. Selamat menanam kucai dan juga sayuran lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang ada kawasan terhad boleh cuba tanam kucai atau sayur-sayuran lain dalam bekas polistrin ini. Lebih mudah, jimat dan senang untuk diuruskan nanti. Ikut tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Ramli Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*