Apabila Terjadi Takdir Yang Tidak Disukai Ini 6 Perkara Yang Perlu Direnungkan 

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Apabila Terjadi Takdir Yang Tidak Disukai Ini 6 Perkara Yang Perlu Direnungkan

Ada sebahagian orang ditakdirkan memiliki kesihatan dan kesenangan hidup, manakala yang lain diuji takdir berupa kesusahan berpanjangan walaupun rajin berusaha. Ada yang kaya tapi hatinya tidak tenang, tapi ada juga hidup senang dan dermawan.

Begitu juga si miskin yang selalu nampak tidak tenang, ada juga yang sombong. Kadangkala pula kita bertemu orang kaya yang baik hati dan senitiasa ikhlas membantu.

Kenapa manusia ditakdirkan begitu? Adakah ia tidak boleh berubah atau kita terpaksa bersabar sehingga ke m4 ti? Ibnu Qayyim berkata, apabila seorang hamba memperoleh suatu takdir yang tidak disukai, maka renungkanlah ia dari 6 sudut pandang.

1. SUDUT PANDANG TAUHID

Bahawasanya Allah yang telah menentukan takdir itu. Dia menghendaki dan menciptakan takdir tersebut. Sungguh, apa pun yang dikehendaki-Nya, pasti terjadi dan apa pun yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan terjadi.

2. SUDUT PANDANG KEADILAN

Bahawasanya takdir Allah terhadap hamba-Nya pasti berlaku dan aturan bagaimana berlakunya hvkum-Nya pun pasti adil.

3. SUDUT PANDANG RAHMAT

Bahawa rahmat Allah yang terkandung dalam takdir ini melebihi murka dan amarah-Nya. Bahkan rahmatNya adalah asas bagi berlakunya takdir-Nya.

4. SUDUT PANDANG HIKMAH

Bahawasanya hikmah Allah menuntut berlakunya takdir itu. Dia tidak menentukannya tanpa sebarang kebaikan dan tidak menetapkan sesuatu secara sia-sia.

5. SUDUT PANDANG PUJIAN

Bahawasanya Allahlah satu-satunya yang berhak mendapatkan pujian yang sempurna dengan berlakunya takdir itu, dari sisi mana pun kita melihatnya

6. SUDUT PANDANG ‘UBUDIYYAH (Penghambaan)

Bahawasanya dirinya hanya seorang hamba. Berlaku atasnya hvkum-hvkum dan ketentuan Rabbnya, kerana dirinya adalah milikNya. Allah berhak menempatkan dirinya didalam naungan takdirNya, sebagaimana Dia berhak membuatnya tunduk pada hvkum-hvkum agamaNya.

Ibnu Qayyim, Fawaidul Fawaid

Semoga memberi manfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*