Budak Lelaki Berjalan Di Hutan Dan Bawa Teman Baru Pulang Ke Rumah

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Budak Lelaki Berjalan Di Hutan Dan Bawa Teman Baru Pulang Ke Rumah

Seorang budak lelaki berusia 4 tahun di Virginia keluar berjalan-jalan di hutan dan kembali dengan ‘rakan’ baru yang tidak dijangka iaitu seekor rusa!

Kisah itu dikongsikan oleh ibunya, Stephanie Brown yang turut menyertakan foto anaknya, Dominic berdiri di sebelah rusa berkenaan.

“Dominic benar-benar keluar dan membawa pulang seekor rusa..”, tulis Stephanie di Facebook.

Menurut laporan media tempatan, Stephanie sekeluarga difahamkan sedang bercuti di Shenandoah National Park, Vrgnia dan pada ketika itulah Dominic berjumpa dengan ‘rakan’ barunya itu.

Tambah Stephanie, dia pada ketika itu sedang mengambil sesuatu daripada peti ais telah mendengar bunyi tapak kaki.

“Saya pusingkan kepala dan melihatnya. Kelihatan anak rusa yang masih kecil bersamanya. Bagi Dominic, ia bukanlah sesuatu yang aneh. Walhal ia sememangnya aneh”.

Dalam pada itu, Stephanie turut sempat merakamkan foto bermakna mereka berdua. Selepas itu, Dominic diminta untuk menghantar semula rakannya itu kembali ke hutan.

Dominic difahamkan telah memberikan nama buat rakan barunya, yang diberi nama sebagai Flash. Comel mereka berdua bukan?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*