Cara Bertangas Dan Kebaikan Bertangas Selepas Bersalin
Sejak berkurun lamanya, amalan bertangas selepas bersalin adalah rutin berpantang dan merupakan antara rahsia wanita Melayu bagi memastikan kesihatan peranakan dan badan. Bertangas ialah teknik seakan mandi wap atau sauna di spa tetapi dengan fokus khusus pada bahagian int1m wanita.
Kini, amalan ini juga dipraktikkan di serata negara dan lebih dikenali sebagai ‘vg1nal steaming’. Walaupun ramuan mungkin berbeza mengikut tempat dan budaya, ia tetap memberi fungsi yang baik untuk kesihatan wanita.
Malah, jika ditanya sebahagian wanita muda ketika ini, mungkin tidak ramai yang tahu atau menyedari kelebihan bertangas yang diwarisi nenek moyang sejak berabad ini.
Kebaikan Bertangas
Jika kena caranya, bagi yang wanita sudah berumah tangga dan melahirkan anak mampu mengembalikan 0rg4n int1m seperti ‘anak d4ra’.
Tangas juga amalan penjagaan kesihatan keseluruhan tubuh dan bukan hanya tertumpu kepada penjagaan bahagian sulit semata-mata.
Bila Waktu Sesuai Wanita Perlu Bertangas?
Mungkin ada yang menganggap bertangas ini adalah amalan dalam pantang selepas wanita bersalin, namun sebenarnya ia juga bagus untuk dilakukan setiap kali selepas haid.
Malah, amalan ini dapat membantu wanita mengatasi masalah keletihan, berat badan berlebihan, mengecutkan urat badan dan membuang angin kerana bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan t0ksin keluar dari badan. Bagi ibu bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan, k3mvtan fa r4j dan rahim.
Melalui akhbar Kosmo, Pengurus Spa, Awanis Musa berkata bertangas dapat membantu mengeluarkan peluh serta toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat.
Jenis-Jenis Bertangas:
Terdapat 2 jenis bertangas iaitu:
1. Tangas Kering
Menggunakan batu sungai yang dipanaskan selama satu jam di atas api kecil dan diletakkan serbuk tangas diperbuat daripada herba terpilih. Asapnya inilah yang akan menghangatkan bahagian svlit wanita. Tangas kering ini dianggap lebih ringkas dan tidak terlalu merimaskan bagi yang tak tahan panas.
2. Tangas Basah
Menggunakan air panas yang dididih bersama daun herba terpilih. Wapnya dirasai seolah-olah sedang bersauna.
Antara gabungan ramuan herba yang direbus untuk menghasilkan asap berkhasiat dan beraroma adalah seperti serai wangi, halia, asam gelugur, manjakani, daun sireh, daun inai, daun lemuni, akar lalang, ibu kunyit, garam bukit, jintan hitam, halba, lengkuas, bunga-bungaan, dedaun herba dan banyak lagi.
Perkongsian kali ini adalah daripada Puan Mawar Putih yang memberikan cara terperinci untuk bertangas di rumah untuk wanita yang sedang berpantang. Jom ikutinya di bawah.
Cara bertangas sendiri di rumah amat mudah & simple.
Menurut Mawar Putih, petua ini diperolehi daripada seorang makcik. Memang berkesan sebab segala keko toran dalam rahim akan keluar apabila bertangas. Cara ini juga mudah dan dapat menjimatkan para surirumah, tidak perlu berbelanja lebih untuk ke spa nak pula kalau masih ada anak kecil susah nak tinggalkan anak.
BAHAN-BAHAN:
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
- Asam keping 4-5 keping
- Lada hitam 20 biji
- Manjakani 5-6 biji
- Sedikit garam kasar (bergantung kepada besar bekas)
- Daun sirih 15 keping
CARA-CARA:
1. DIDIHKAN AIR
Masukan semua ramuan dan didihkan air di dalam periuk.
2. TUANG DALAM BALDI / BEKAS KHAS
Selepas ramuan dan air dididihkan sekitar 30 minit, boleh tutup api. Tuangkan semua ramuan di dalam baldi atau bekas khas yang boleh digunakan untuk bertangas.
3. DUDUK DI ATAS WAP (kerusi tangas)
Seterusnya, bolehlah kita duduk di atas wap yang keluar daripada baldi itu. Duduk selama lebih kurang 30minit. Insya Allah, segala keko toran yang terlekat dalam rahim kita akan terkeluar.
Ada yang nak mudah, terus saja duduk atas baldi. Tapi kalau nak lebih selesa, boleh juga gunakan kerusi berlubang .
Atau boleh dapatkan kerusi khusus untuk bertangas yang dah banyak dijual di pasaran.
Anda sendiri sudah nampak kerusi tangas yang digunakan bagaimana samada mahu gunakan kerusi plastik biasa yang berlubang di tempat duduk (mudah didapati) atau kerusi anyam rotan yang boleh digunakan untuk bertangas (kedai kraftangan).
TIPS TAMBAHAN
Untuk mendapatkan kesan wap bahan rebusan tadi secara menyeluruh, boleh juga berselubung menggunakan kain pada paras leher sehingga ke kaki (seperti berk3mban).
Sementara menunggu tempoh 30 minit tersebut, senaman kemu tan otot rahim (senaman Kegel) juga boleh dilakukan untuk kekuatan otot alat su lit dan rahim.
Mudah, bukan? Selamat mencuba. Kalau nak share, silakan.
Nota bestnye kene sauna : Apa pandangan anda? Kongsikan diruang komen. Sharekan kepada rakan-rakan, moga kita beroleh kebajikan bersama berterusan
Leave a Reply