Kaedah Mengatasi Kemurungan Yang Dihadapi Oleh Seseorang

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Kaedah Mengatasi Kemurungan Yang Dihadapi Oleh Seseorang

Kemurungan adalah sejenis keadaan biologikal yang dihidapi seseorang tidak disedari tanpa mengira usia, jantina, personaliti, latar belakang dan fisiologi seseorang.

Kewujudannya menjadi satu anc4man kepada kesihatan manusia dan lebih merb4haya daripada penyakit berb4haya lain seperti penyakit jantung, diab3tes, dan angin ahmar kerana sifatnya yang boleh secara senyap.

Seseorang yang menghidap penyakit kemurungan dapat dilihat dari segi tingkah laku dan cara percakapan.

Individu yang murung cenderung untuk menyendiri dan bersikap anti sosi4l. Mereka lebih suka duduk menyendiri daripada bergaul dengan orang ramai. Sebahagiannya pula bertindak agr3sif terhadap orang lain sehingga boleh menceder4kan.

Dari aspek dalaman pula, individu yang murung mudah berasa ris4u, tert3kan, fikiran menjadi teg4ng, cepat m4rah, meng3luh, rvnsing, rasa k3cewa dan mudah men4ngis. Semuanya berlaku secara berbaur tanpa ada sebab yang munasabah dan mudah difahami.

Penyakit kemurungan perlu diubati segera bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak didingini berlaku. Hal yang demikian kerana negara pernah digemparkan dengan berita pelajar sekolah yang mengg4ntung diri dan t3rjun dari bangunan tinggi.

Keadaan itu berlaku disebabkan g4ngguan jiwa dan kemurungan yang dihadapi remaja tersebut di tahap kr1t1kal. Persoalannya ialah apakah yang menjadi punca berlakunya masalah kemurungan ?

Hasil daripada kajian, antara punca berlakunya masalah kemurungan ialah kehilang4n seseorang yang sangat dikasihi, bosan dengan suasana kehidupan, mendapat tugasan yang dirasakan membeb4nkan, kecewa dengan keg4galan, tek4nan hidup persaingan dan konflik dalaman.

Islam memberi konklusi yang berbeza tentang masalah kemurungan. Manusia secara fitrahnya dipengaruhi oleh unsur dalaman yang terdiri daripada n4fsu, jiwa dan perasaan. Sekiranya unsur-unsur tersebut mengalami g4ngguan, maka akan mempengaruhi tingkah laku dan perbuatannya.

Faktor lain yang dikenal pasti sebagai punca ialah g4ngguan daripada makhluk halus iaitu j1n dan syai tan yang membawa kepada ketidakst4bilan emosi dan hil4ng kewarasan akal.

H4sutan j1n dan sya1tan adalah bermotifkan untuk menyesatkan manusia supaya melakukan perkara-perkara yang membin4sakan diri. Justeru, kaedah yang paling berkesan perlu dilakukan untuk penyakit kemurungan dalam kalangan remaja ialah melalui kaedah batiniyah yang berkonsepkan ketuhanan.

Terapi secara kerohanian dilihat sebagai alternatif terbaik untuk mengatasi penyakit kemurungan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, Asma ul-Husna, solat, zikir, doa, munajat dan melakukan amalan kebaikan sebagaimana yang digariskan oleh syara’. Allah swt sentiasa mengingatkan manusia agar sentiasa mengingatiNya bagi mendapatkan pertolongan sebagaimana disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud :

“Maka ingatlah kepadaKU. Aku juga akan ingat kepadamu”.

Dan firmanNya lagi dalam ayat 153 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”

Antara panduan yang boleh digunakan sebagai terapi jiwa menggunakan pendekatan Islam ialah membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, surah Thaha (ayat 1-5), surah Al-Insyirah, berwudhu’, dan memperbanyakkan salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.

Ini bertepatan dengan pendapat Ibnu Qayyim al-Jauzi dalam kitabnya berjudul Zadul Ma’ad yang mengatakan bahawa tidak ada doktor yang boleh mengubati penyakit jiwa melainkan beramal soleh, menghampirkan diri kepada Allah dan mengingati hari kiamat. Ini berdasarkan kepada firman Allah swt dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud :

“Wahai manusia yang telah dating kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada di dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman”

Islam menggalakkan umatnya supaya menjadi generasi yang cergas, cerdas dan bersemangat untuk menghadapi ragam kehidupan yang semakin mencabar.

Kekuatan yang ada pada diri perlu dibentuk dengan melengkapkan keperluan fisiologi dan mentalitinya. Selain mengatasi aspek batiniyah, aspek lahiriah juga perlu dijaga dengan melakukan beberapa kaedah.

Antaranya ialah menjaga kesihatan diri melalui pemakanan dan senaman secara rutin. Selain itu, menjaga kebersihan diri dan persekitaran juga amat penting bagi mengelakkan penyakit dan g4ngguan syai tan.

Gaya hidup perlu diubah dengan berhenti m3r0k0k dan mengelakkan diri dari meminum 4r4k kerana boleh menjej4skan kesihatan diri dan akal sebagaimana peringatan Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud :

“Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya”

Penyakit kemurungan juga dikaitkan dengan masalah anti-sosi4l dan isolasi yang berpunca daripada perasaan rendah diri dan kurang keyakinan kerana kecewa setelah gagal untuk mencapai sesuatu.

Cara terbaik yang boleh dilakukan ialah banyak beriadhah bersama keluarga dan bergaul dengan orang ramai supaya jiwa dan mentaliti tidak dibelenggu dengan beban perasaan yang membawa kepada kemurungan.

Hubungan yang erat antara ahli keluarga dapat mer4nsang emosi yang lebih stabil, bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi cabaran hidup. Sebaliknya apabila keadaan jiwa dan emosi yang tidak stabil, sya1tan akan mengganggu dan menghasut supaya hilang semangat, putus asa dan meletakkan diri di tempat yang hina.

Segala usaha tersebut perlu dilakukan dengan niat semata-mata kerana Allah swt bagi mengharapkan rahmatNya supaya dihindarkan daripada perkara-perkara yang memudh4ratkan. Firman Allah swt dalam surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud :

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram “.

Kesimpulannya, segala masalah yang dihadapi perlu diselesaikan dengan pendekatan yang berlandaskan syara’ . Yakinlah bahawa setiap mas4lah pasti ada cara untuk menyelesaikannya dan Allah adalah penolongnya. Sesungguhnya Allah swt tidak akan membeb4nkan dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung kerana kasih terhadap umatNya.

Jadikan cabaran hidup sebagai penguat diri untuk menjadi insan yang lebih baik kerana umat yang sentiasa diuji adalah umat yang dikasihi.

Elakkan daripada terlalu mengikut perasaan dengan jiwa yang kosong kerana keadaan demikian pasti akan mengundang masalah kemurungan. Kemurungan boleh menggug4t keimanan dan menjadikan manusia berada di lembah kehin4an.

Jadikan diri sebagai manusia yang cemerlang bagi mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Wallahua’lam.

Depresi Dari Sudut Islam Bersama Ustaz Don

Sumber: SemuanyaJDT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*