30 Wasiat Imam Al-Ghazali Yang Perlu Diberi Perhatian

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

30 Wasiat Imam Al-Ghazali Yang Perlu Diberi Perhatian

Imam al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujjah. Beliau digelari “Hujjatul Islam” kerana kemampuannya tersebut. Beliau sangat dihormati di dua dunia Islam iaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam. Beliau berjaya mengusai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Di antara kitab beliau yang paling terkenal adalah “Ihya Ulumuddin” (Menghidupkan Ilmu Agama) yang menjadi rujukan utama umat Islam di seluruh dunia.

1. Wasiat 1

Berbakti kepada dua ibu bapa wajib kerana hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak der haka. Dan perbuatan der haka satu dosa besar.

2. Wasiat 2

Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah s.a.w. juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihani anak yatim di akhirat.

3. Wasiat 3

Ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna kehidupan setiap insan. Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat. Kerana ujian itu untuk mematangkan keimanan kita.

4. Wasiat 4

Menghormati dan memuliakan guru merupakan tugas dan kewajipan kita sebagai anak dan murid. Guru bagaikan orang tua kita sendiri yang wajib kita hormati dan muliakan.

5. Wasiat 5

Menanamkan iman dalam diri anak merupakan kewajipan orang tua. Anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitive dengan Tuhan. Bila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa.

6. Wasiat 6

Banyak pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya termasuk aspek kebersihaan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga makanan. Kerana di dalam tubuh yang sihat itu terdapat kelazatan dalam beribadat.

7. Wasiat 7

Islam mendidik kita agar memuliakan dan menghormati tetamu. Kerana tetamu datang membawa rezeki dan apabila ia pulang menghapuskan dosa kita.

8. Wasiat 8

Menghormati jiran adalah merupakan tugas dan kewajipan setiap Muslim. Kita dituntut untuk bersikap memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang yang paling terdekat dengan kita.

9. Wasiat 9

Al-Quran memerintahkan kita agar berfikir dan menggunakan akal untuk memecahkan rahsia hidup ini. Matlamatnya adalah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita.

10. Wasiat 10

Al-Quran mengandungi fakta dan mukjizat. Kejadian alam, manusia dan ilmu pengetahuan didedahkan secara terus terang, yang membuat manusia yakin akan kebenaran adanya Allah.

11. Wasiat 11

Mencintai ilmu dan mengamalkan ilmu adalah tanda kecerdasan dan disukai Allah. Barangsiapa yang keluar rumahnya dengan niat untuk mencari ilmu, nescaya dilindungi Allah dan sampai ia kembali.

12. Wasiat 12

Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kekejian dan keke jian itu menuntun ke dalam api nera ka. Tidak henti-hentinya seseorang berdusta dan membiasakan diri dalam dusta, sehingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.

13. Wasiat 13

Menyaksikan mak siat, keja hatan dan menjadi saksi p4lsu adalah di antara penyakit lidah dan hati yang amat merbaha ya. Ianya menjadi punca kepada rosaknya iman dan seterusnya boleh membawanya ke nera ka jahannam.

14. Wasiat 14

Islam tidak hanya mengharamkan perbuatan zi1 na, tetapi termasuk juga sebarang tindak-tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan kea rah menghampiri z1 na.

15. Wasiat 15

Minuman yang mema bukkan seperti 4r4k, hukvmnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, ma buk atau tidak. Setiap Muslim yang berakal pasti menjauhi 4r4k kerana ia merosakkan akal, menimbulkan penyakit dan dimurkai Allah.

16. Wasiat 16

Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghvkum dengan penuh keadilan, dan apabila berkata dengan penuh kebenaran, tidak menyakiti hati orang, dan jujur sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

17. Wasiat 17

Mujahidin atau pejvang-pejvang Islam yang berjvang di jalan Allah adalah mereka yang merentasi ceruk bumi ini dengan satu mesej, iaitu menegakkan kebenaran Islam dan mengh4ncvrkan keb4tilan.

18. Wasiat 18

Ahlul Itsar iaitu orang-orang yang gemar melakukan kebaikan, sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain, menolong dan membantu orang yang memerlukan bantuannya. Mereka adalah orang yang paling bermanfaat dan disayangi oleh orang lain.

19. Wasiat 19

Orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah, maka Allah bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak sehingga tiada hari bagi mereka melainkan harus berbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja yang diperintahkan oleh agama.

20. Wasiat 20

Ahlul Najat iaitu orang-orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah. Hanya itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang.

21. Wasiat 21

Menjadi manusia yang paling bahagia adalah idaman setiap insan. Oleh itu raihlah hari-hari bahagia bersama Allah dan Rasul-Nya.

22. Wasiat 22

Malu adalah perhiasan Mukmin sejati. Ianya merupakan akhlak para Nabi dan Rasul yang harus dimiliki setiap orang yang mengaku umat Muhammad.

23. Wasiat 23

Syai tan adalah mu suh yang nyata ke atas manusia. Oleh itu jadikan ia sebagai mu suh, bukan sebagai kawan.

24. Wasiat 24

Silaturahim adalah amalan mulia para Nabi dan Rasul, sehinggakan orang yang memutuskan silaturahim dianggap telah melakukan dosa besar.

25. Wasiat 25

Mengingat ma ti mendatangkan kemanisan iman dan sekaligus menguatkan rasa ber-Tuhan dan taqarrub kepada Allah.

26. Wasiat 26

Orng yang menghafal al-Quran dianggap sebagai keluarga-keluarga Allah. Oleh itu perbanyakkanlah menghafal al-Quran kerana ia cahaya di dalam ku bur.

27. Wasiat 27

Solat tahajjud ataupun qiamul lail adalah solatnya para Nabi dan Rasul. Bangunlah pad malam yang akhir dan gunakan waktumu untuk meminta hajatmu nescaya akan segera ditunaikan Allah.

28. Wasiat 28

Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah satu kemestian dalam kehidupan soerang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat demikian kerana baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat.

29. Wasiat 29

Doa memiliki kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa dianggap sebagai senjata mukmin dan pembuka pintu rezeki.

30. Wasiat 30

Solat yang khusyuk adalah kunci mendapatkan keredhaan Allah. Latihlah kekhusyukan di dalam solat supaya beroleh kemenangan di syurga.

Sumber: Ustaz Iqbal Zain / Islamituindah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*