7 Zikir Bagus Diamalkan Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas Dan Mudah Hafal
Zikir dari segi bahasanya bermaksud sebut dan ingat. Ia adalah suatu bentuk amalan ibadah yang mudah dan boleh dikerjakan tanpa batas waktu, tempat, dan sebagainya.
Waktu selepas solat adalah antara yang dianjurkan untuk kita duduk sebentar dan berzikir. Tak susah pun, sekadar lebih kurang 5 minit saja untuk kita memanjatkan syukur, menambahkan cinta pada Allah, membuang rasa kebimbangan, dan paling penting, memohon ampun kepada Allah.
ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU YANG MUDAH DIHAFAL, BERDASARKAN HADIS SAHIH
Berikut adalah himpunan zikir ringkas yang boleh kita amalkan dan mudah dihafal, serta berdasarkan hadis sahih sesuai dengan anjuran Rasulullah SAW.
1. ZIKIR 1
أَسْتَغفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ
Astaghfirullahal ‘azim (3 Kali)
Maksudnya: Aku mohon keampunan mu Allah Yang Maha Agung
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلاَمُ . تَبَارَكْتَ يَا ذَاالْجَلالِ وَالاِكْرَامِ
Allahumma antas salaam, waminkas salaam, wa ilaika ya’udus salaam. Tabarakta ya dhal jalaali wal Ikram.
Maksudnya: Ya Allah Engkau lah As-Salaam (Yang memberi keselamatan), dari-Mu lah keselamatan, dan keberkatan dari-Mu, Yang Maha Agung lagi Maha Mulia. (Berdasarkan Hadis Riwayat Muslim)
2. ZIKIR 2
لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيرٌ
Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai in qodiir.
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah satu sahaja. Tiada mempunyai sekutu. Dia mempunyai kerajaan dan perlu dipuji, dan Dialah Yang amat berkuasa terhadap sesuatu.
اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Allahumma laa maani’a a’toita, walaa mu’tii lima mana’ta, walaa yanfa’u zaljaddi minkal jadd.
Maksudnya: Ya Allah, tiada Yang menghalang jika Engkau memberi, dan tiada Yang memberi jika Engkau menghalang, dan tiada manfaat usaha yang lebih kerana Engkau yang memberinya manfaat. (Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
3. ZIKIR 3
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syariika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai in qodiir.
Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah, satu-satunya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan, segala pujian dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
Maksudnya: Tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali dari Allah.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ
Laa ilaaha illalloohu, wa laa na’budu illaa iyyaahu, lahun ni’matu wa lahul fadhlu wa lahuts tsanaa ul hasan.
Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah, kami tidak beribadah kecuali hanya kepada-Nya. Hanya milik Allah segala nikmat, segala keutamaan, dan segala pujian yang baik.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Laa ilaaha illaalloohu mukhlishiina lahud diin, wa lau karihal kaafiruun
Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah, dalam keadaan tulus, hanya untuk-Nya agama ini, walaupun orang-orang k4 fir memb3nci. (Berdasarkan Hadis Riwayat Muslim)
4. ZIKIR 4
سبحان الله
Subhaanallah (33 kali)
Maksudnya: Maha Suci Allah
الحمد لله
Alhamdulillah (33 kali)
Maksudnya: Segala puji bagi Allah
ألله أكبر
Allahu Akbar (33 kali)
Maksudnya: Allah Maha Besar
لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيرٌ
Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai in qodiir.
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah satu sahaja. Tiada mempunyai sekutu. Dia mempunyai kerajaan dan perlu dipuji, dan Dialah Yang amat berkuasa terhadap sesuatu. (Berdasarkan Hadis Riwayat Muslim)
5. ZIKIR 5
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ
وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum, laa ta’khudzuhu sinatuw walaa nauum, lahu maa fis samaawaati wamaa fil ardhi mandzalladzii yasyfa’u ‘indahu illaa bi idznih, ya’lamu maa baina aidiihim wa maa kholfahum, wa laa yuhiithuuna bisyai im min ‘ilmihi illaa bimaa syaa’, wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal ardh, walaa ya uuduhu hifdzuhuma wahuwal ‘aliyyul ‘adziim. (Surah Al-Baqarah ayat 255 @ Ayat Kursi)
Maksudnya:
Allah tidak ada yang berhak disembah kecuali Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri. Allah tidak mengantuk dan tidaklah tidur. MilikNya apa-apa yg ada dilangit dan dibumi.
Tidak ada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah kecuali dengan izin-Nya. Allah Maha Mengetahui apa yang di hadapan dan belakang mereka.
Mereka tidak mengetahui sedikit pun dari ilmuNya kecuali dengan apa yang Allah kehendaki.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidaklah berat dalam memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung. (Berdasarkan Hadis Riwayat Nasaie)
6. ZIKIR 6
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al- Falaq
- Surah An-Naas (Berdasarkan Hadis Riwayat Abu Dawud & Nasaie)
7. ZIKIR 7
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا , وَ رِزْقًا طَيَّبًا , وَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as’aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqan tayyiba, wa ‘amalan mutaqabbala
Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima. (Berdasarkan Hadis Riwayat Ibnu Majah & Ahmad)
Berikut adalah ringkasan ketujuh-tujuh zikir tersebut dalam bentuk grafik.
JOM AMALKAN ZIKIR!
Siapa kata susah baca zikir selepas solat kan? Semuanya pendek belaka dan mudah dihafal. Tak semestinya dibaca ikut turutan. Kalau tak ada kesempatan, pilih satu saja pun boleh.
Tidak terhad selepas waktu solat saja, kita juga boleh mengamalkan zikir-zikir ini sentiasa, walau di mana saja kita berada. Banyak kebaikan mengamalkan zikir, dan ia akan menjadi cahaya bukan sahaja semasa hidup, malah turut menerangi ku bur kita serta memberi manfaat kepada yang sentiasa melakukannya di akhirat kelak.
Semoga kita semua diberi keberkatan dan kemanisan dalam mengamalkannya.
Sumber: Kempen Semak Status Hadis
Leave a Reply