Detox Kempis Perut, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Air Detox Guna Green Tea Cap Boh
Kalau korang nak tau, detox ni sebenarnya adalah satu proses membersihkan usvs di mana segala t0ksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usvs tu dicuci keluar melalui pembuangan air besar.
Selepas dinding usvs kita bersih, barulah badan dapat menyerap segala nutrien pada tahap optimum. Kalau selama ni kita ambil vitamin atau supplemen tapi tak berkesan, mungkin puncanya kerana usvs kita kotor. Jadi, untuk atasi masalah ini, jom kita amalkan minuman detox yang AmiEra Farhann Johan kongsikan.
KITA hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita. Saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga.
Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak op3r4te 2 kali, perut susah nak kempis sebelum ni. Angin-angin habis keluar. Bila sendawa dan kentut-kentut rasa lega sangat. Tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.
Bahan-Bahan Untuk Detox
- Green tea cap boh 1 uncang
- 1sb Halba
- Halia (Ikut suka nak letak banyak mana, lagi banyak lagi bagus)
- 2 cawan air masak
Cara Penyediaan Teh Detox
- Rebus semua bahan sampai mendidih.
- Tunggu agak-agak dah suam kuku. Minum.
- Nak tambah madu sikit pun ok.
- Bagus amalkan masa perut kosong, sebelum makan.
Detox ni laki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawa keluar angin ja hat, juga boleh turunkan berat badan.
Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya ni. Doakan saya pun mampu konsisten ye.
Bilakah Masa Yang Betul Untuk Minum Teh Hijau?
Meminum teh hijau memang banyak kebaikannya namun begitu sekiranya cara kita konsumi salah secara tidak langsung kebaikannya akan berkurangan. Antaranya ialah:
- Makan atau minum apa-apa yang menggunakan perisa teh hijau.
- Mandian rendam dalam green tea scented bath bmb.
- Khasiat teh hijau sejuk atau panas tiada beza, namun jika kita gunakan air batu kepekatan teh hijau akan berkurangan.
Masa Yang Sesuai Untuk Minum Teh Hijau?
Masa yang sesuai bergantung kepada sebab sebenar anda konsumi teh hijau, seperti yang kita tahu teh hijau mempunyai beberapa manfaat seperti menguruskan badan, untuk sihat, dan juga sebagai antioksidan.
Teh Hijau sebagai antioksidan
Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optima, teh hijau seharusnya diminum antara waktu makan (between meals). ini untuk memastikan catechin (salah satu major antioxidant) tak bertindakbalas dengan casein yang terdapat dalam susu atau mana-mana protein haiwan. tindakbalas ini boleh mengurangkan keberkesanan teh hijau.
Teh hijau juga menghalang penyerapan kalsium dan non-heme iron (zat besi yang didapati dari tumbuhan). Ini boleh memberikan masalah kepada mereka yang cenderung untuk menghidap anemia. Ada juga kajian yang mengatakan teh hijau mengurangkan penyerapan macro nutrien seperti lemak dan protein. sebab tu la kena ambil teh hijau ni sekurang-kurangnya sejam sebelum atau selepas makan.
Teh hijau menggalakkan penurunan berat badan
Meningkatkan metabolisma tubuh dan dengan menghalang penyerapan lemak. jika tujuan utama anda nak minum teh hijau sebab nak turunkan berat badan, you can take it along with your meals. Tapi anda hanya boleh minum dengan meal kalau perut korang tak sensitif.. teh hijau sifatnya alkali, jadi dia menggalakkan perembesan gastric acid yang lebih banyak.
Bilakah Masa Yang Betul Untuk Minum Teh Hijau?
Jika anda nak cepat turun berat badan, korang boleh minum oolong tea bila-bila korang makan makanan berlemak sebab oolong tea membantu dalam proses penyingkiran lemak.
Jangan minum teh hijau di awal pagi ketika perut kosong. kandungan kafein dalam teh hijau boleh menyebabkan dehydration dan boleh menyebabkan rembesan gastric 4s1d yang menyebabkan sakit perut atau ulcer. Pengamal ubatan cina turut mengatakan pengambilan teh ketika perut kosong boleh menyebabkan paru-paru dan perut menjadi ‘sejuk’.
Elakkan minum teh hijau ketika sedang makan kerana ia boleh mengurangkan penyerapan thiamin (vitamin B1). kekurangan vitamin ini boleh menjurus kepada masalah beriberi.
Adakah teh hijau mengandungi kafein?
Kebanyakan pengamal teh hijau risau tentang kandungan kafein dalam teh hijau. Teh hijau mengandungi kafein seperti teh lain tetapi kandungannya berbeza dari satu jenis ke satu jenis dan ia juga bergantung kepada kuantiti teh hijau yang anda brew dan berapa minit masa diambil untuk setiap rendaman. Lebih banyak kuantiti dan lebih lama rendaman dalam cawan, lebih banyak lah kafein yang anda minum.
Satu kajian telah dibuat untuk menentukan jumlah kafein yang ada dalam teh dan keputusannya berdasarkan teh hijau didalam cawan 7 ounce yang direndam selama 3 minit:
- Chinese oolong green tea – 37mg
- kenyan green tea – 58 mg
- Indian Green tea – 59 mg
Patut tak minum teh hijau sebelum tidur?
Ini juga antara soalan yang sering pengamal teh hijau keluarkan.. lagi sekali, jawapannya bergantung kepada sebab utama kenapa korang minum green tea ni. kalau korang minum sebab nak kurus, lebih baik minum satu jam sebelum tidur, supaya takde la korang kena bangun tengah malam nak buang air. ia membantu membakar lemak ketika tidur dan takkan halang kita dari tidur nyenyak.
Menurut pakar, ‘d0s’ maksimum green tea sehari ialah 3 hingga 5 cawan sahaja.
Untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani atau kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari. 1-2 kali seminggu tu dah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.
Leave a Reply