Tak Tahan Sakit Gigi Bongsu, 7 Bahan Ini Boleh Kurangkan Sakit Tersebut

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Tak Tahan Sakit Gigi Bongsu, 7 Bahan Ini Boleh Kurangkan Sakit Tersebut

Pertumbuhan gigi bongsu sememangnya meninggalkan kesakitan yang amat memeritkan. Percaya atau tidak, bukan semua orang akan melalui kesakitan akibat pertumbuhan gigi bongsu. Menurut MyHEALTH, gigi bongsu merujuk kepada gigi ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan.

Lazimnya kesakitan yang sangat memeritkan yang disebabkan oleh pertumbuhan gigi ini adalah berpunca daripada kedudukan gigi yang terhimpit kerana ruang di rahang mulut yang tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

Oleh itu, kami disini mahu berkongsi 7 bahan yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami akibat daripada gigi bongsu yang ingin tumbuh.

1. Larutan air garam

Garam adalah pembasmi ku man semulajadi. Campurkan garam dalam air suam dan bilas mulut menggunakannya. Larutan ini akan memberikan kelegaan segera kepada sakit gigi. Kebiasaannya doktor akan menyarankan cara ini sebagai langkah pertolongan ce mas. Anda perlu membilas mulut selama beberapa minit dan ulangi proses yang sama sebanyak 4-5 kali sehari. Langkah ini bukan sahaja mudah tetapi juga sangat berkesan.

2. Soda penaik

Lazimnya, pertumbuhan gigi bongsu akan turut diikuti oleh bengkak yang teruk pada bahagian gusi. Untuk mengurangkan rasa sakit, anda boleh menambahkan soda penaik pada ubat gigi yang biasa anda gunakan dan sapukan campuran ini pada gigi bongsu yang berkenaan. Langkah ini seharusnya dapat melegakan kesakitan dalam masa beberapa minit.

3. Ais

Kita semua tahu bahawa ais adalah ubat yang paling utama dan berkesan untuk melegakan apa-apa jenis bengkak. Untuk melegakan bengkak akibat gigi bongsu, anda hanya perlu meletakkan pek ais di bahagian pipi berdekatan dengan gigi yang berkenaan. Letakkan pek ais di bahagian berkenaan selama 15 minit dan ulangi langkah ini beberapa kali sehari, setiap kali anda merasakan kesakitan yang teruk. Kaedah ini berguna untuk menghilangkan keradangan dan bengkak.

4. Ekstrak vanila

Jika anda fikir vanila hanya boleh digunakan untuk membuat kek cawan yang enak, anda akan gembira untuk mengetahui bahawa terdapat banyak lagi kelebihan ramuan ini. Rupa-rupanya, ekstrak vanila sangat membantu untuk mengurangkan rasa sakit gigi yang baru muncul. Hanya tuangkan sedikit titis vanila ke dalam kapas dan kemamkannya pada gigi yang sakit dalam masa lebih kurang 15 minit. Seterusnya anda hanya perlu bertenang selama beberapa minit dan anda akan menyedari bahawa kesakitan itu secara beransur-ansur telah berkurangan.

5. Benzocaine

Ramai doktor memberikan benzocaine untuk merawat gigi yang sakit. Ubat sapuan berasaskan gel ini perlu diletakkan pada gigi yang terjejas secara langsung. Sebaik-baiknya, anda juga harus membersihkan kawasan berdekatan dengan gigi bongsu yang sakit sebelum menyapu ubat ini. Walau bagaimanapun, dinasihatkan untuk berunding dengan doktor sebelum menggunakannya untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

6. Beg teh

Pelbagai jenis beg teh dikatakan mampu menghilangkan rasa sakit yang disebabkan oleh gigi bongsu. Teh hitam (black tea) biasanya digunakan kerana manfaat berganda yang ditawarkannya. Sementara kehangatan teh dapat membantu dalam mengurangkan bengkak, beg teh yang diletakkan secara langsung pada gigi yang sakit pula akan mengurangkan kesakitan yang banyak. As1d tannic yang terdapat di dalam teh dipercayai dapat membantu mengurangkan keradangan.

7. Bunga cengkih

Kegunaan bunga cengkih sememangnya terkenal dari zaman dahulu lagi. Ramai orang-orang tua menasihatkan untuk meletakkan bunga cengkih di atas gigi yang sakit. Ciri anestetiknya membantu dalam meredakan kawasan yang terjejas, manakala kualiti antib4kt3ria dan antiseptiknya pula memastikan bahawa kawasan itu tidak dijangkiti oleh ku man.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan minyak bunga cengkih pada bebola kapas. Jika anda merasakan bahawa bau bunga cengkih terlalu kuat, anda juga boleh mencampurkannya dengan sedikit minyak zaitun.

Jika anda terasa sakit gigi cepat lakukan perkara di atas. Semoga perkongsian ini dapat membantu mengurangkan sakit pada gigi anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*