Ustaz Kongsi Doa Ringkas Elak Perkara Tak Diingini Ketika Masuk Hutan

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Ustaz Kongsi Doa Ringkas Elak Perkara Tak Diingini Ketika Masuk Hutan

Aktiviti lasak seperti mendaki gunung atau pun merentas hutan memang menyeronokkan apatah lagi ia aktiviti yang mencabar kebolehan fizikal dan mental seseorang.

Namun ada dalam kalangan penggemar aktiviti lasak ini kurang memberi perhatian tentang adab memasuki hutan atau tempat-tempat yang bukan menjadi kebiasaan dengan mengambil mudah dan hanya berfikir untuk berseronok sehingga berlakunya perkara tidak diingini.

Ini kerana kata penceramah bebas, Elyas Ismail, di kawasan seperti pergunungan, hutan mahu pun hentian Rehat dan Rawat (R&R) yang bukan kawasan tempat tinggal tetap manusia kebiasaannya akan menjadi tempat tinggal makh luk j1n.

Kata Elyas, adalah penting untuk orang beragama Islam untuk mengetahui hal yang tidak ada dalam pandangan kita termasuk berkaitan dengan j1n.

“J1n ini adalah hamba Allah. Dia juga sama seperti kita, ada Islam, k4 fir, berketurunan, sembahyang, mempunyai keluarga malah hidup bermasyarakat dan ada pula melakukan keja hatan seperti mana manusia. “Cuma bezanya adalah kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar tetapi j1n boleh melihat manusia.

“Kawasan yang tiada manusia duduk seperti dalam tanah perku buran, tempat ditinggalkan orang memang menjadi kegemaran mereka termasuklah kawasan pergunungan dan hutan,” katanya. Elyas memberitahu adalah sangat penting untuk mengamalkan doa tertentu agar Allah SWT memelihara kita daripada kejadian tidak diingini.

Malah Elyas turut berpesan kepada penggemar aktiviti lasak itu agar menjaga adab seperti tidak bermulut celupar atau bergelak ketawa ketika berada dalam hutan.

Apabila melangkah ke dalam hutan: Salamun ‘ala nuhin fil ‘alamiin innaka hamiidun majid. (sejahtera ke atas Nabi Nuh di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau (Allah SWT) maha terpuji lagi maha mulia). USTAZ ELYAS ISMAIL.

Sebaiknya kata Elyas sebelum memasuki sesuatu hutan atau tempat tiada berpenghuni dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

“Selesai itu, bacalah BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM.

“Yang bermaksud; Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

“Seterusnya apabila melangkah ke dalam hutan bacalah SALAMUN ‘ALA NUHIN FIL ‘ALAMINA INNAKA HAMIDUN MAJID yang bermaksud Kesejahteraan ke atas nabi Nuh di seluruh alam,” katanya.

Tambah Elyas, sebelum memasuki sesuatu tempat juga boleh mengamalkan membaca; ‘A’AUUDZU BI KALIMAATILLAHIT TAAMMATI MIN SYARRI MAA KHALAQ yang bermaksud Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejelekan apa saja yang Dia ciptakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*