Resepi Jeruk Halia Untuk Buang Angin.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Resepi Jeruk Halia Untuk Buang Angin.

Seperti bawang putih, halia juga mempunyai banyak kelebihan. Selain digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan, jeruk halia juga baik untuk kesihatan kita. Khasiat halia juga sudah turun temurun kita tahu keberkesanannya untuk membuang segala angin dalam badan.

Nama botani untuk halia adalah Zingiber Officinale Roscoe. Halia dikatakan mengandungi banyak sumber vitamin seperti Vitamin A, B dan C, karbohidrat, kalsium dan juga protein.

Kebiasaannya khasiat halia berguna untuk rawatan angin dalam badan. Sesiapa yang rasa badan ada banyak angin terutamanya wanita lepas bersalin, eloklah minum air rebusan halia. Rebus sendiri air halia tu rasanya lebih sedap dan lebih mujarab berbanding air halia jenis instant yang dijual kat kedai yang agak kurang tulen.

Kali ni kami nak kongsikan cara untuk buat jeruk halia yang lebih mudah disediakan dan tahan lebih lama, tak perlu lah setiap kali nak dapatkan khasiat halia baru nak buat. Nak buat jeruk halia ni kena guna halia muda baru sedap sebab ia tak bersabut dan kurang rasa pedas.

Cara buat jeruk halia

1. Halia Muda Memang Berbeza Dengan Halia Tua?

Ramai yang bertanya-tanya adakah halia yang lebih pedas adalah lebih bagus untuk kesihatan.

Halia Muda:

  • Lebih manis, berjus
  • Lebih digunakan dalam masakan

Halia Tua:

  • Lebih pedas dan banyak serat
  • Kandungan aktif gingerol lebih banyak dan mampu memanaskan badan, mengurangkan kesakitan.

2. Bahan-bahan diperlukan:

  • 200g halia muda
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cerek air panas
  • 1 cawan (200ml) cuka
  • 70g gula ( kalau tak mahu gunakan gula boleh gantikan dengan 1 biji buah apple atau pear)

3. Cara menyediakan dan memasak:

  • Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sampai gula han cur.
  • Didihkan 1 cerek air.
  • Potong nipis-nipis halia. Lagi nipis lagi sedap.
  • Letakkan halia ke dalam penyejat. Curahkan air panas ke atasnya.
  • Semasa masih panas tu masukkan terus halia ke dalam cuka masam manis tadi.
  • Halia akan berubah jadi warna pink.
  • Biarkan beberapa hari. Lagi lama lagi rasa sedap.

Apakah Khasiat Jeruk Halia Dari Segi Kesihatan?

1. Halia dan sistem immunisasi.

Halia adalah antioksida. Berkesan saperti antibiotik bila dimakan atau disapukan. Bahan-bahan gingerol dan shogaol dalam halia dikatakan boleh bertindak membasmi, menyekat pertumbuhan dan penyebaran s3l-s3l k4ns3r prostat, usvs, payvd4ra, dan 0v4ri.

2. Halia membaiki penghadaman dan penyerapan makanan.

Bantu rawat penyakit usvs digelar ‘irritable bowel syndrome’. Gunakan halia dalam sajian makanan setiap hari atau minum teh halia atau makan pil halia.

3. Halia merang sang sistem aliran da rah.

  • Mengurangkan kolesterol.
  • Kurangkan kepekatan da rah Seterusnya cegah sera ngan jantung.
  • Membersih da rah dan cegah bekuan da rah.
  • Cegah angin akhmar.
  • Mencegah penyakit tua dan nyanyuk / alzheimer dengan amalan makan halia.

4. Bantu kurangkan berat badan.

Halia boleh memulihkan selera makan kepada makanan yang berkhasiat dan berzat. Ia boleh mengurangkan lemak pada badan kita.

Halia membantu stabilkan imbangan gula dalam da rah. Air halia mempercepatkan pemulihan otot-otot yang keletihan selepas bersenam.

5. Mengurangkan rasa loya dan muntah

Khususnya ketika hamil diperingkat awal, lepas b3dah, ketika dalam perjalan jauh naik pesawat, bas, kereta atau kereta api. Begitu juga penghidap masalah ‘motion sickness’. Amalkan minum teh halia.

6. Mengurangkan kesakitan sendi bagi pesakit2 arthritis.

Halia mengawal inflamasi/ radangan yang berlaku berterusan pada pengidap arthritis dan gout.

Mengurangkan gejala selsema, kahak dan lendir pada hidung dan saluran pernafasan serta sinus. Teh halia juga mengurang bau mulut. Kurangkan ‘angin’ dalam badan, perut dan usvs. Halia juga melancarkan aliran da rah.

7. Mempercepat pemulihan/ healing lepas b3dah atas sifatnya yang anti inflamatory.

Memang jadi amalan orang2 timur khususnya kaum cina untuk memasak lauk ikan, ayam atau daging secara steaming atau rebus dengan gunakan banyak halia dan bawang untuk mereka lepas bersalin atau lepas pembe dahan.

Anda suka dengan artikel cara membuat jeruk halia ini? Apakata anda kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan yang lain. Boleh bertambah ilmu pengetahuan ini dan membantu mereka buang angin dalam badan.

Nota angin kentut : Apa pandangan anda? Mohon kongsikan diruang komen atau komen blog dibawah. Sharekan untuk manfaat rakan-rakan kesayangan anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*