
Pemandu Wanita Tolong Ambil Tahu 4 Perkara Asas Pasal Kereta Ni
Penting ‘lady driver’ atau pemandu wanita ambil tahu pasal kereta. Bab enjin, tukar tayar malah pusat servis kereta. Sebabnya bila kereta breakdown di tengah-tengah perjalanan, anda takkan panik. Tahu bagaimana nak selesaikan masalah dalam masa yang singkat.
Tatkala memegang kunci pertama kereta milik sendiri, memang teruja dan tidak sabar untuk memandu pulang. Saat itu memang dah tidak peduli apa yang di belakang, yang penting keselesaan dan pergerakan untuk ke tempat kerja dan aktiviti berhujung minggu lebih mudah bagi anda.
Inilah silap pemandu wanita, kebanyakkan mereka hanya tahu guna kereta sahaja dan bila enjin kereta tidak dapat dihidupkan mulalah mengamuk sakan. Kalau ada pasangan yang sentiasa disisi tidaklah sukar bagaimana kalau pasangan anda jauh?
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Bosch Automotive Aftermarket, kebanyakan pemandu wanita lebih cenderung untuk meminta bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan apabila kereta mereka rosak. Betul ke tidak?
Kaji selidik yang dijalankan oleh Bosch – pembekal utama komponen gantian automotif itu melibatkan seramai 350 pemandu negara ini berusia 18 hingga 55 tahun bertujuan mendapatkan input mengenai tabiat pengurusan bateri kereta yang merupakan salah satu penyebab utama kenderaan rosak. Dan hasilnya menunjukkan hanya 1% wanita mampu menyelesaikan masalah berkaitan kenderaan mereka sekiranya berlaku kerosakan berbanding kaum lelaki sebanyak 48%.
“Kajian kami menunjukkan bahawa 70% daripada kerosakan kenderaan berpunca daripada masalah bateri. Masalah tersebut bukan sahaja menimbulkan kesu litan malah mampu mendatangkan risi ko keselamatan kepada semua pemandu terutama kaum wanita sekiranya mereka terkandas bersendirian” kata Encik Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.
Kaji selidik itu juga mendapati 84 % wanita akan mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan manakala 12% dalam kalangan mereka akan menghubungi syarikat penyedia bantuan kerosakan kenderaan sekiranya kereta rosak akibat kegagalan bateri.
Perkongsian Azbi Centre ini memberi panduan kepada pemandu wanita untuk belajar dan ambil info mengenai apa yang patut mereka tahu dan perkara wajib ‘lekat’ dalam kepala tentang kereta:
1. Ketahui Model, Tarikh Keluaran Dan Pembuatan
Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila anda tidak tahu tentang tahun keluaran model kereta anda, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut. Jadi ia sebenarnya amat penting untuk mengenali kereta anda seperti mengenali bakal jodoh ya!
2. Kenali Bahagian Asas Kereta Dan Fungsinya
Terdapat beberapa bahagian asas kereta yang memang anda wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor anda dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.
3. Tayar, Tayar Dan Tayar!
Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta anda kemana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membaha yakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalanraya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta anda.
4. Sediakan Jadual Servis Kereta
Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi anda kena sentiasa berwaspada kilometer kereta anda, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian anda.
5. Belajar Cara ‘Jump’ Bateri Kereta
Sentiasa pastikan kabel jumper berada di dalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Matikan enjin kereta anda.
Letakkan pengepit bewarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup. Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berba haya.
Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang ma ti.
6. Simpan Nombor Telefon Mekanik
Siapa tahu anda mungkin berlaku kecema san di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik ditempat yang sentiasa menghantar kereta. Cuma pastikan anda sudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidak lah akward untuk meminta tolong.
Nota panik : Apa pandangan anda, mohon kongsikan diruang komen atau blog dibawah. Sharekan kepada rakan-rakan anda juga.
Leave a Reply