Inilah 5 Sebab Kenapa Pesakit Resdung Sukar Untuk Sembuh

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Inilah 5 Sebab Kenapa Pesakit Resdung Sukar Untuk Sembuh

Berikut merupakan 5 sebab kenapa pesakit resdung sukar untuk sembuh dari penyakit ini yang telah dikongsikan oleh Dr. Ezairy M Sallih

“Doktor, masalah resdung suami saya ni susah sangat nak sembuh. Bermacam-macam cara dah berubat, masih tak selesai. Apa sebabnya, doktor?”

Anda pernah alami situasi seperti di atas?

Cuba kita periksa 5 perkara ini :

1. Tak tahu punca alahan

Resdung dan alergik rhinitis berlaku disebabkan adanya punca alahan atau allergen. Biasa ditemui ialah habuk, hama, makanan lait dan sebagainya. Selagi mana anda terdedah kepada punca alahan tersebut, masalah tak akan selesai.

2. Tak jaga makan dan punca resdung

Dah tahu punca yang menyebabkan anda mengalami alahan, tetapi masih tak mahu elak punca tersebut… macam mana masalah nak selesai? Setelah anda tahu punca yang menyebabkan anda mengalami alahan, elakkan dan jauhi ia!

3. Tidak makan ubat

Setelah mengelakkan punca-punca alahan, anda perlu ambil ubat yang diberi oleh doktor. Ia amat membantu terutama jika sera ngan resdung berlaku kepada anda.

4. Buat rawatan yang tidak betul

Ramai antara kita yang lebih mempercayai rawatan resdung yang tidak betul. Teknik lilin, asap-asap dan sebagainya adalah antara contoh yang anda tidak patut lakukan. Ambil ubat yang diberi oleh doktor.

5. Selalu skip temujanji doktor

Apabila jumpa doktor, diberi ubat yang sesuai dengan anda, simptom dan gejala pun berkurang… kemudian hilang. Temujanji dengan doktor pun lupa entah ke mana. Ini pun tidak boleh. Jangan terlepas temu janji bersama doktor. Doktor akan menilai semula gejala yang anda alami dan beri ubat sesuai dengan masalah yang anda sedang alami.

Moga bermanfaat. Sila #SHARE kepada orang yang anda sayang. Moga kita semua diberi kesihatan berpanjangan.

Kredit : Dr. Ezairy M.Sallih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*